Posted on October 27, 2013, Sunday
SARATOK: Peminat sukan petanque bakal menyaksikan kejohanan tersebut apabila Persatuan Petanque Bahagian Betong dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Saratok menganjurkan Kejohanan Petanque Beregu Terbuka Saratok 2/2013 di Gelanggang Petanque LAKIS di sini pada 2 dan 3 November depan.
Presidennya, Abang Shamsuddin Abang Ahmad berkata kejohanan tersebut menawarkan hadiah berupa wang tunai berserta piala, terbuka kepada semua peminat dan kelab-kelab petanque di negeri ini termasuk Brunei dan Sabah.
"Penganjuran ini mempertanding kategori beregu sahaja iaitu acara Double Terbuka," katanya sambil memberitahu kejohanan itu merebut Piala Datuk Dr Azman Samaon dengan yuran penyertaan sebanyak RM80 bagi setiap pasukan yang menyertai.
Tambahnya, taklimat pengurus pasukan dan cabutan undi diadakan pada 1 November (Jumaat) jam 4.30 petang di Bilik Mesyuarat LAKIS.
Bagaimanapun, format kejohanan akan dimaklumkan secara lengkap dan ditentukan pada mesyuarat bersama pengurus pasukan nanti.
"Selain itu, penentuan kumpulan akan ditentukan secara undian berdasarkan jumlah penyertaan yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup pendaftaran 31 Oktober ini.
"Pengesahan pendaftaran pasukan dan pemain hendaklah dibuat sebelum cabutan undi dijalankan. Sekiranya tiada pengesahan, maka penyertaan meskipun telah dihantar akan dibatalkan," jelasnya.
Hadiah-hadiah menanti pemenang, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala diikuti naib juara menerima RM700 serta piala dan tempat ketiga RM500 serta piala.
Tempat keempat meraih wang tunai RM300 serta piala. Manakala pemenang di tempat kelima hingga kelapan dengan hadiah sagu hati berupa wang tunai RM100.
Tujuan pertandingan ini adalah bagi memperkenal sukan petanque dan memajukan sukan itu di negeri ini serta memupuk semangat kerjasama antara pemain selain mengeratkan hubungan silaturahim.
Borang penyertaan atau pertanyaan lsnjut boleh menghubungi Shamsuddin di talian 019-8475210 atau Setiausaha Persatuan, Mohammad Mirwan (019-4991983).
- Next Entry >>
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan