11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2013 <b>di Kuching Sarawak</b> Posted: 18 Nov 2013 09:04 PM PST Hari Diabetes Sedunia 2013 peringkat nasional disambut di Kuching, Sarawak MALAYSIA pada 17 November 2013. Ianya diuruskan oleh Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Sambutan ini diadakan di KTS Garden Hall, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, Kuching. Ianya dihadiri lebih dari 500 peserta termasuk Datuk Bandar Kuching dan perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Negeri yang mewakili YAB Ketua Menteri Sarawak. Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah menghantar 20 ahli-ahlinya ke majlis ini. Sambutan Hari Diabetes Sedunia ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan awareness kepada orang awam mengenai penyakit diabetes yang meragut nyawa jutaan penduduk dunia setiap tahun secara senyap. Di antara aktiviti yang diadakan pada hari sambutan ini ialah senaman aerobik diikuti oleh jalanan diabetes, saringan kesihatan secara percuma, nasihat pemakanan dan mengambilan ubat-ubatan serta insulin, pemeriksaan mata dan pameran mengenai diabetes. Sementara, di dalam dewan diadakan diabetes screening secara percuma oleh Jabatan serta pameran diabetes , di laluan masuk dewan, terdapat pula beberapa gerai menjual barangan atau produk diabetes. Apa yang penting sambutan Hari Diabetes Sedunia telah memberi pendidikan yang baik kepada masyarakat tentang penyakit ini dan sambutan seperti ini hendaklah disokong oleh semua lapisan masyarakat termasuk media, agensi kerajaan, syarikat swasta dan kerajaan. Saya merasakan media hendaklah memainkan peranan yang lebih untuk memberi maklumat, kefahaman serta mendorong orang awam ke arah membantu Kerajaan dan Diabetes Malaysia di dalam memerangi penyakit ini. Begitu juga Kerajaan Negeri hendaklah memberi sumbangan kewangan dan sokongan kepada Cawangan Diabetes Malaysia di negeri masing-masing bagi mengadakan aktiviti secara konsisten, memantau pesakit diabetes melalui Jabatan Kesihatan Negeri dan aktiviti yang lain demi menjaga kesihatan rakyat. Dengan posting ini, saya berharap pembaca dapat sedikit berita tentang sambutan Hari Diabetes SeDunia di peringkat Malaysia yang juga disambut lebih dari 160 negara di seluruh dunia pada 14 November setiap tahun. Adalah menjadi harapan saya, agar mereka yang terlatih dalam bidang ini (samada secara khusus atau am) dan ketua masyakarat turun padang menemui anggota masyarakat dan menerangkan mengenai diabetes, komplikasinya serta cara cara mengawal, mencegah atau mengurangkan gejala ini dari terus merebak. |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan