ads

Khamis, 30 Mei 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Gabriel, Weynnie dinobatkan Keling dan Kumang Gawai Dayak <b>Sri</b> <b>...</b>

Posted: 26 May 2013 02:44 PM PDT

Posted on May 27, 2013, Monday

SRI AMAN: Tuah menyebelahi Gabriel Elser Cillie apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Keling Gawai Dayak Sri Aman menewaskan tujuh peserta sempena Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2013 di Dewan Suarah Sri Aman, di sini Jumaat lalu.

Dengan kemenangan itu, jejaka berusia 20 tahun dengan ketinggian 175 sentimeter itu meraih hadiah wang tunai RM800 dan piala.

Naib juara disandang Nicholas Dang Jackson dengan menerima wang tunai RM600 dan piala manakala pemenang tempat ketiga Kenneth Newton Belayong menerima RM500 dan piala.

Lima peserta menerima hadiah sagu hati RM50 dan sijil iaitu Rozario Jatan Edmund, Gerald Sang Anthony, Gabriel Elser Cillie, Stanley Jack dan Rafael Dang Jackson.

Sementara itu, gelaran Kumang Gawai Dayak Sri Aman 2013 pula dimenangi penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Weynnie Daysie Langgong, 24.

Dengan kemenangan itu, Weynnie menerima wang tunai RM1,000 dan piala.

Naib juara Urai Genma, 19, meraih hadiah wang tunai RM800 dan tempat ketiga Vanieza Shanen Cillie dengan RM500 berserta piala.

Enam peserta menerima hadiah sagu hati iaitu Angelyana Chumang Simon, Florence Juwus, Pressyila Licca, Imelda Anggat, Pylissia Jannet Liap dan Ferra Griffin.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Keling dengan isterinya, Datin Simba Nalang menyampaikan hadiah untuk pemenang Pertandingan Kumang.

Majlis anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sri Aman itu turut dihadiri Penasihat SIDS Sri Aman Jennifer Lamih, Pengerusi SIDS Sri Aman Roselyn Abu Nawas dan Penghulu Briku Braoh.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved