Khamis, 30 Mei 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Orang ni: Bot Ekspres dengan 100 penumpang Karam <b>Di</b> Belaga <b>...</b>

Posted: 28 May 2013 12:59 AM PDT

SIBU: Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini, pada Selasa.
Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian.
Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.
Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi.
Daniel berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.
Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.
"Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga," katanya.
"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," katanya sambil memberitahu kapasiti bot itu ialah 67 penumpang.
Sementara itu ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak Dannny Bungan berkata polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan sesuatu perayaan besar.
"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan-kawasan lain di kawasan Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya.- mStar.
.............................
Gambar bot ekspres karam dan terbalik di Belaga Sibu Sarawak. Punca kejadian adalah disebabkan bot yang sarat dengan penumpang sempena perayaan Hari Gawai. Kejadian tersebut juga berlaku berlaku pada awal 8.30 pagi tadi dan karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan. Kepada mangsa yang terkorban, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Gambar Bot Ekspres Karam pagi tadi 28 Mei 2013

Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian. Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.
Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi. Turut dilaporkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu. Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.
Gambar mangsa yang terselamat dan berenang ke tebing sungai
Menurut laporan tidak rasmi setakat ini, 21 orang maut dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan yang mengandung.
 Suasana Sebelum Perjalanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads