ads

Jumaat, 31 Mei 2013

di negeri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Rakyat luar bandar penyokong kuat BN <b>di Sarawak</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 15 May 2013 02:24 PM PDT

by Rosemaria Buma. Posted on May 16, 2013, Thursday

BANTUAN: Jabu (tengah) menyerahkan bantuan ASB Sejahtera kepada salah seorang penerima sambil disaksikan (dari kiri) Sylvester, Harden dan Rusdi (kanan).

MIRI: Sebanyak 81 peratus sokongan atau mandat yang diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini datang daripada rakyat di luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata ini jelas menunjukkan bahawa rakyat di kawasan luar bandar menyokong penuh polisi kerajaan, sekali gus menolak segala tohmahan dan propaganda yang dihebahkan pembangkang.

"Berdasarkan taburan sokongan yang diperolehi pada keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu, 81 peratus sokongan atau mandat yang diberikan kepada kerajaan BN di Sarawak adalah datang daripada rakyat di luar bandar," katanya.

Ini bermakna katanya rakyat di luar bandar menaruh kepercayaan penuh kepada kerajaan sedia ada untuk terus membangunkan negeri ini menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi pada masa depan.

Jabu berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Amanah Saham Bumiputera (ASB) Sejahtera Peringkat Negeri Sarawak Zon Utara yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini petang semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) merangkap Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar merangkap Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis dan Rusdi Ismail selaku wakil ketua setiausaha Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW).

Sehubungan itu katanya, sebagai penghargaan kerajaan akan menyediakan lebih banyak program transformasi dan pembangunan serta kemudahan untuk keselesaan rakyat di Sarawak.

Dalam pada itu katanya, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat di kawasan luar bandar terutama kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar dengan jumlah pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada paras Pendapatan Garisan Kemiskinan Makanan Miskin Tegar.

"Ini terbukti apabila kerajaan menerusi KKLW telah memperuntukkan sejumlah RM9 juta untuk diagihkan kepada 1,800 orang penerima bantuan ASB di seluruh negara pada tahun ini," katanya.

Menurut Jabu, daripada jumlah itu, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan kepada Sarawak untuk diagihkan kepada seramai 400 penerima bantuan ASB di negeri ini tahun ini.

Antara lain menurut beliau, program ASB Sejahtera ini bertujuan memberi tambahan pendapatan kepada golongan miskin tegar di luar bandar melalui pemberian dividen tahunan dan pada masa sama menimbulkan inisiatif menggalakkan golongan miskin tegar melabur dalam pasaran saham yang dijamin kerajaan.

"Program ini merupakan antara program dan usaha murni kerajaan dalam membantu golongan sasar iaitu miskin dan miskin tegar di mana penerima disediakan peruntukan kewangan RM5,000 untuk dilaburkan bagi perolehan saham ASB.

"Peruntukan ini adalah atas nama peserta (penerima) tetapi pelaburan pokok tidak akan menjadi milik peserta sebaliknya terus menjadi hak milik kerajaan dan peserta hanya akan menerima pulangan berbentuk dividen tahunan hasil pelaburan ASB tersebut yang akan dikreditkan ke akaun ASB mereka," jelasnya.

Pada tahun ini, Zon Utara yang merangkumi Miri, Bintulu, Limbang, Lawas dan Sibuti mempunyai seramai 110 orang penerima dan daripada jumlah itu, hanya 49 orang yang hadir untuk menerima bantuan masing-masing pada majlis tersebut semalam.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved