di negeri sarawak - Google Blog Search |
- BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search
- Karnival Jalur Lebar 1malaysia <b>Di</b> Taman Awam Lawas, <b>Sarawak</b> <b>...</b>
- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat <b>Negeri Sarawak di</b> Betong, 23 <b>...</b>
BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search Posted: 15 Mar 2013 01:43 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
Karnival Jalur Lebar 1malaysia <b>Di</b> Taman Awam Lawas, <b>Sarawak</b> <b>...</b> Posted: 18 Mar 2013 08:55 PM PDT Pada 16 dan 17 Mac 2013, MERS 999 telah menyertai Karnival Jalur Lebar 1Malaysia peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Taman Awam Lawas, Sarawak. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menganjurkan Karnival Jalur Lebar ini sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Kesedaran dan Promosi Jalur Lebar Negara, dengan tujuan memastikan promosi berterusan bagi menggalakkan langganan dan penggunaan internet jalur lebar terutamanya di negeri-negeri yang kadar penembusan jalur lebar isi rumah pada masa ini masih di bawah 50%. Ruang pameran MERS 999 dibuka bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang awam berkaitan kepentingan talian kecemasan 999 dan impak kepada penyalahgunaan talian tersebut. Pelajar sekolah adalah di antara pengunjung yang paling ramai di samping penduduk tempatan di Temerloh.Karnival tersebut turut disertai oleh agensi kerajaan/swasta seperti SKMM, MAMPU, KERAJAAN NEGERI SARAWAK, JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK, RTM SARAWAK, TELEKOM MALAYSIA BHD, CELCOM, DIGI dan MAXIS. Timbalan Ketua Setiausaha ( Komunikasi) Pemangku Karnival ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Che Azemi Haron, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang mewakili YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim. Manakala Kerajaan Negeri Sarawak pula diwakili oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah b Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua merangkap Menteri Kemudahan Awam dan Pembangunan Industri Sarawak. Ahli Parlimen Lawas, YB Dato' Henry Sum Agong juga telah sudi untuk bersama-sama dengan TKSU KPKK untuk turun padang memeriahkan carnival yang diadakan. Dif kenamaan telah sempat mengunjungi ruang pameran MERS999 yang mempamerkan sistem yang digunakan di Pusat Panggilan Kecemasan 999 dan pihak Agensi termasuklah MCAD, ProQA (Perubatan dan Kebakaran) serta SaveME dan mendengar taklimat berkaitan Sistem MERS 999 yang disampaikan oleh En Mazmalek Mohamed, SUB (Kemudahan), Sektor Komunikasi, KPKK. | ||
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat <b>Negeri Sarawak di</b> Betong, 23 <b>...</b> Posted: 16 Jan 2013 04:01 PM PST Posted on January 17, 2013, Thursday BETONG: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Betong pada 23 dan 24 Januari ini melibatkan penyertaan daripada kontinjen dari seluruh negeri Sarawak. Di samping itu pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan umat Islam dan acara rasmi kerajaan negeri yang dianjurkan pada setiap tahun. Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, sambutan Maulidur Rasul adalah bagi memperingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai 'uswah hasanah' iaitu contoh teladan bagi semua umat Islam. Pada masa yang sama menyampaikan ajaran Islam untuk dihayati dan dicontohi umat Islam masa kini melalui kajian dan penelitian sejarah perjuangan baginda. "Selain itu ia juga bagi menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan mulia ini sebagai landasan untuk memperkukuhkan perpaduan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam di negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang media mesyuarat akhir jawatankuasa pengelola di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di sini semalam. "Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dijangka akan menghadiri program yang bermula pada 23 Januari ini. "Program yang akan dimulakan dengan Majlis Ceramah Agama dan Zikir Maulud bertempat di Masjid Jamek Betong akan berlangsung pada jam 5.45 petang. "Majlis perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul akan dijalankan pada sebelah pagi iaitu bermula jam 8.00 pagi. "Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengetuai perarakan yang bermula dari Kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan sejauh 5.7 kilometer," jelasnya. Tambahnya, sehingga kini sebanyak 100 kontinjen telah mengesahkan penyertaan terdiri daripada pelbagai agensi di Betong dan bahagian lain di negeri ini. "Sebanyak 100 kontinjen akan terlibat dalam perarakan ini dan penyertaan melebihi 3,000 peserta yang bakal menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut. "Turut disenaraikan lapan kategori yang akan dinilai dalam perarakan itu nanti iaitu kategori A (jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun), kategori B (firma swasta/syarikat/institusi kewangan) kategori C (masjid/surau), kategori D (persatuan/kelab/pertubuhan) kategori E (institusi pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah), kategori F (sekolah kebangsaan dan kategori G (kumpulan hadrah). "Tambah menarik, pelbagai hadiah menarik berdasarkan kategori akan diberikan kepada kontinjen terbaik yang akan dinilai semasa perarakan nanti," ujarnya. Jelasnya, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan seperti ceramah, pertandingan membaca ayat-ayat lazim, pertandingan futsal dan sebagainya. Justeru, beliau turut menyeru orang ramai terutama penduduk di sekitar Betong sama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul nanti. Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Abang Shamsuddin Abang Seruji dan Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di negeri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan