11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search |
SWP mendapat sokongan menggalakkan <b>di Lubok Antu</b>: Larry <b>...</b> Posted: 17 Mar 2013 04:55 PM PDT Posted on March 18, 2013, Monday KUCHING: Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng berkata parti itu mendapat sokongan yang amat menggalakkan di Parlimen Lubok Antu. Menurutnya dalam tempoh seminggu sahaja, SWP berjaya merekrut kira-kira 1,000 ahli baharu dari konstituensi itu. Beliau memberitahu, SWP telah mengunjungi hampir 85 peratus Parlimen Lubok Antu dan sambutan amat menggalakkan kecuali di dua rumah panjang di kawasan Skrang iaitu Rumah Empading, Bunu Skrang dan Rumah Tawi Ragai Duri Bangat, Lidong. "Kami datang ke Rumah Tawi Ragai, Duri Batang buat kali kedua kerana dipelawa secara peribadi oleh penduduk rumah panjang berkenaan kerana mereka mahu menganjurkan majlis barbeku dengan kami. "Namun ketika kami tiba di sana dan berbual-bual dengan penduduk, Tua Rumah Tawi datang dan meminta kami meninggalkan rumah panjang berkenaan. "Ia diikuti pertengkaran antara tuai rumah dan penduduk rumah panjang berkenaan… kami pun meninggalkan rumah panjang berkenaan selepas berbual seketika dengan penyokong di sana," jelasnya dalam kenyataan akhbarnya semalam. Beliau turut memberitahu, setakat ini hampir separuh daripada penduduk Rumah Tawi Ragai Duri Bangat, telah mendaftar sebagai ahli SWP. Manakala di Rumah Empading Bunu Skrang katanya majoriti penduduknya sudah berdaftar sebagai ahli SWP. Sng berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar semalam mengatakan dua rumah panjang di kawasan Skrang daerah kecil Engkilili tidak membenarkan parti itu berkempen di rumah mereka dalam usahanya mendapat sokongan politik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Beliau menambah, tindakan Tuai Rumah Tawi tidak menjejaskan sokongan yang telah diberikan kepada SWP kerana parti itu sudah mendapat sokongan daripada penduduk rumah panjang berkenaan. "Kami tidak akan terjejas dengan insiden itu dan kami akan terus berkempen untuk mempromosikan parti di kawasan-kawasan (Parlimen) yang bakal kami letakkan calon nanti. "Kami akan terus melakukan apa yang perlu dilakukan dan biar pengundi yang membuat keputusan," ujar Sng. Kelmarin dilaporkan, pada petang Jumaat lepas Sng bersama beberapa anggota parti bermasuk bekas Ahli Parlimen Lubok Antu Jawah Gerang datang ke Rumah Tawi Ragai untuk berkempen tetapi usaha mereka dihalang tuai rumah berkenaan (Tawi). Tawi dipetik sebagai berkata: "Saya bertegas enggan rumah panjang saya sebagai gelanggang untuk mereka meracuni fikiran anak buah saya yang masih setia bersama Barisan Nasional (BN) demi menikmati arus pembangunan. "Saya tidak membenarkan SWP yang diketuai Larry Sng berkempen di rumah panjang kami buat kali kedua. "Pada kunjungan pertama mereka pada 10 Mac lalu mereka berkempen di ruai orang lain. Saya tidak hadir ceramah itu hanya melihat dari jauh," katanya. Dalam perkembangan sama, pada Khamis lepas perkara sama berlaku di Rumah Empading Bunu apabila Tuai Rumah itu tidak membenarkan rombongan SWP diketuai Datuk Sng Chee Hua bersama Jawah menggunakan ruainya sebagai lokasi berkempen. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. | |
BLOG SARAWAK: 11 <b>di lubok antu sarawak</b> - Google Blog Search Posted: 14 Mar 2013 07:02 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di lubok antu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan