ads

Rabu, 13 Februari 2013

di negeri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


amk <b>sarawak</b> hampir buat kecoh <b>di</b> pustaka <b>negeri</b> - UnReportedNews

Posted: 23 Nov 2012 08:45 PM PST

-AIH..DAH DIMAKLUM PUSTAKA NEGERI SARAWAK PENCERAMAH DAH DITUKAR PUN MASIH NAK DATANG JUGAK? KEKEKE!!!-
Ingatkan isu menjemput penceramah PKR yang dilakukan Pustaka Negeri Sarawak telah selesai (klik sini, sini, sini dan sini), sebaliknya menjadi semakin kalut apabila Bendahari AMK PKR Sarawak, Arip Ameran bersama dengan rakannya Nazib Ahmad datang ke Pustaka Negeri Sarawak sambil cuba membuat provokasi. Mereka mahukan penjelasan kenapa jemputan ceramah ke atas Arip Ameran dibatalkan? Pastinya Pustaka Negeri Sarawak ada jawapannya.
Kehadiran mereka berdua ke Pustaka Negeri Sarawak diiringi 'bodyguard' berbadan besar. Mereka berdua telah berbincang dengan pegawai Pustaka Negeri Sarawak, Razak Rambili, pegawai yang bertanggungjawab menjemput penceramah PKR Sarawak. Melihat perbincangan tadi ternyata hangat dan semacam tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin PKR itu.
Di kala itu, masih ramai jemputan hadir meskipun mereka tahu bahawa sesi Ceramah Umum itu telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Mereka mahu tahu apakah yang berlaku dan kenapa ini boleh terjadi? Menjadi tanggungjawab Razak Rambili untuk menjawabnya sebagai wakil pihak penganjur. Tetapi di manakah pegawai-pegawai tertinggi Pustaka Negeri Sarawak dalam menangani isu ini? Ini telah menjejaskan nama Pustaka Negeri Sarawak secara keseluruhannya.
Walaupun telah dibatalkan sebagai penceramah, bekas calon PKR di DUN N.14 Asajaya, Arip Ameran tetap pergi ke Pustaka Negeri Sarawak dengan berpakaian 'smart' bertali leher walaupun penglibatannya sebagai penceramah telah dibatalkan. Beliau berkeras bahawa tindakan Pustaka Negeri Sarawak membatalkannya sebagai penceramah dianggap sebagai tidak profesional. Akibat pembatalan itu juga Arip Ameran tidak banyak bercakap sebaliknya memberikan peluang kepada rakannya Nazib Ahmad bercakap bagi pihaknya. Sedih kot!
Bagi meredakan ketegangan yang dihadapi Arip Ameran, PKR Sarawak telah menyewa fasilitis Pustaka Negeri Sarawak bagi mengadakan perbincangan tergempar. Agaknya mereka membincangkan tindakan yang akan diambil ke atas Pustaka Negeri Sarawak yang membatalkan beliau sebagai penceramah. Berkemungkinan! Siapa tahu?
Apa pun, tindakan Pustaka Negeri Sarawak membatalkan Ceramah Umum ini amat bertepatan sekali. Jika tidak, nama Pustaka Negeri Sarawak akan tercemar dan pegawai atasannya akan menerima padah. Malah, sekarang ini pun nama Pustaka Negeri Sarawak sudah teruk tercemar akibat tiada ketirisan dalam memilih penceramah.
Pustaka Negeri Sarawak wajar belajar daripada kesilapan dan jangan anggap sebagai gedung maklumat maka semua tahu dan boleh buat apa saja. Ingatlah Pustaka Negeri Sarawak itu di bawah Kerajaan Negeri Sarawak bukannya di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

-UnReportedNews™®

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved