11 di miri sarawak - Google Blog Search |
Pameran Petrosains Dinotrek 2 <b>di</b> Muzium Petroleum <b>Miri</b>, <b>Sarawak</b> Posted: 15 Jan 2013 11:25 PM PST Seperti yang telah diperkatakan pada entri yang lepas tentang Muzium Petroleum Miri, kali ini aku nak bercerita sedikit tentang Pameran Petrosains Dinotrek 2 yang diadakan di tempat berkenaan. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pihak Petrosains membuat pameran Dinotrek di muzium ini. Kalau tidak silap aku, kali pertama mereka buat pameran ini dalam tahun 2005 ataupun 2006, aku pun tak berapa pasti. Tapi masa kali pertama aku pergi ke pameran ini, aku masih bujang lagi, bawak parents ke sini (belum bawak wifey dengan anak lagi) dan dia punya exhibition facilities pun tidak berapa banyak. Kalau di ibu negara, Petrosains Dinotrek ini dibuat di Suria KLCC pada tingkat paling atas, sama level dengan kedai buku Kinokuniya, tak silap aku la. Untuk kali kedua ini, pameran Petrosains Dinotrek sudah pun bermula pada 1 September 2012 dan akan berakhir 30 April 2013. Jadi kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman secara interaktif bertemu dengan robot2 dinosaur (feel lebih kurang macam filem Jurassic Park jugak la, walaupun taklah grand sangat pun) dan ianya lebih sesuai jika dikongsikan bersama keluarga serta rakan taulan. Antara robot2 dinosaur yang dipamerkan ialah Protoceratops, Spinosaurus, Stegosaurus, Velociraptors dan semestinya Tyrannosaurus Rex. Ada lagi yang lain, cuma aku dah tak ingat namanya. Di sini juga terdapat beberapa permainan interaktif yang sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya bersifat informatif serta educational. Tiket masuk untuk pelawat adalah seperti di bawah: Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa di pameran berkenaan: Robot dinosaur Maiasaurus serta beberapa replika telur2 dan anak2nya My dear Ainul tengah bermain permainan interaktif Salah satu game yang syok kat sini. Tembak kepala Dinosaur! Replika kepala T-Rex di atas siling muzium tersebut Robot dinosaur Stegosaurus. Siap ada tanda amaran "Please Do Not Touch" tu. The Bad Boy Called T-Rex Dinosaur Apatosaurus (atau nama lainnya Brontosaurus) . Tiada kena mengena dengan lagu "Apa kono eh Jang". Velociraptor yang sedang bertarung dengan spesis dinosaur yang lain. Adakah benar burung berevolusi daripada Dinosaur? Ataupun ianya semata2 teori sampah Darwinsm. Contoh tiket untuk masuk ke pameran tersebut. Video aksi robot dinosaur di Petrosains Dinotrek 2 @ Muzium Petroleum Miri, Sarawak |
You are subscribed to email updates from di miri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan