Isnin, 2 Julai 2012

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Shafie Nor: Kes HFMD <b>di Sarawak</b> meningkat selepas cuti

Posted: 22 Jun 2012 04:55 AM PDT

KUCHING, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak mencatatkan peningkatan selepas cuti sekolah dan sambutan Gawai dengan 341 kes baru dilaporkan dari 17 Jun sehingga hari ini. 
Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Zulkifli Jantan, berkata peningkatan jumlah kes dicatatkan di Kuching, Samarahan, Betong dan Sarikei dalam tempoh itu.
"Jangan hantar anak-anak yang dijangkiti HFMD ke pusat jagaan kanak-kanak atau mana-mana institusi manakala aktiviti di luar rumah pula perlu dihadkan, yang akan turut membantu mencegah komplikasi akibat jerebu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, terdapat 32 kemasukan ke wad minggu ini manakala 24 kluster dilaporkan, membabitkan 19 kluster keluarga dan lima pusat jagaan kanak-kanak. 
Empat arahan penutupan dikeluarkan kepada SK Tarat dekat Serian, Tadika Kemas Kampung Maong di Kuching, Taska Permata Perpaduan Bumiko di Miri dan Pusat Jagaan Harian St Francis di Sarikei. 
Jumlah kes terkumpul setakat ini adalah 8,142. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads