Isnin, 2 Julai 2012

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Ada Sesiapa Yang Berminat Menetap <b>Di Limbang</b>? | Di Halaman <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 04:34 PM PDT

SUDAH lebih18 tahun aku berada di Limbang dan pelbagai kehidupan yang aku temui di sini yang mungkin tak dapat aku rasai di bahagian lain di Sarawak kerana bagi aku Limbang berbeza dengan bahagian-bahagian yang lain di Sarawak.

 Aku rasa tak seperti berada di Sarawak sahaja apabila aku di sini. Dahulu orang sering menganggap Limbang ini sebagai sebuah tempat buangan bagi kakitangan kerajaan yang bermasalah dan bagi penjenayah yang dibuang daerah.

 Mungkin itulah anggapan kita dulu apabila disebut tentang Limbang. Apabila ada kakitangan kerajaan yang hendak dihantar ke Limbang, pasti ada antara mereka yang akan menolak tawaran tersebut untuk ke Limbang dengan pelbagai alasan dan sebab-sebab.

 Mungkin bagi kakitangan baru pasti mereka tak dapat untuk mengelak tawaran tersebut dan akur dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan demi untuk mendapat kerja tetap atau bekerja dengan kerajaan.

 Bagi pengalaman aku dulu, aku hanya menerima sahaja atas sebab-sebab seperti di atas dan apabila aku sampai di Limbang, aku rasa seperti bukan berada di negeri Sarawak! Mengapa? Aku pun tak tahu nak jawab pada waktu itu.Dan sekarang apabila aku bertanya dengan kakitangan kerajaan khususnya, masih terdapat di kalangan mereka yang tak nak ditempatkan di Limbang dan mereka datangpun atas arahan pihak atasan. Jika diberi peluangpun untuk membuat pilihan pasti Limbang merupakan pilihan terakhir bagi mereka.

 Sebab-sebab yang biasa aku dengar dari mereka yang bukan berasal dari Limbang, masalah untuk balik ke tempat asal apabila musim perayaan dan cuti. Ia begitu memayahkan dan banyak kerenah terutamanya kesesakan di sempadan yang berbaris berjam-jam lamanya. Untuk mereka yang nak keluar dari Limbang hanya melalui Brunei, Labuan, Lawas dan pengangkutan udara, itu terhad pada waktu siang sahaja. Bila malam tak dapat nak keluar dari Limbang lagi kerana sempada antara negara telah ditutup.

 Juga aku dengar, bila dah berada atau bekerja di Limbang ini, begitu payah untuk berpindah balik ke tempat asal kerana ketidaksanggupan pegawai lain untuk datang ke Limbang(seperti yang terjadi kepada aku) sebagai pertukaran antara pegawai.

 Alasan lain yang aku dengar juga, barang keperluan di sini mahal kerana hampir dengan negara Brunei. Bagi aku, barangan di Limbang ini masih murah lagi berbanding dengan tempat-tempat lain di Sarawak kerana aku bandingkan dengan kos-kos lain seperti parkir  kereta tak dikenakan di Limbang, jalan untuk menuju ke bandar hampir lantas menjimatkan minyak, tidak berlaku kesesakan lalu lintas di sini berbanding tempat lain jimat lagi kos minyak.

 Bila waktu rehat boleh balik rumah untuk memasak atau boleh lagi untuk menjamu selera bersama keluarga di rumah jika rajin berbanding tempat lain, inipun menjimatkan kos makan. Dari ketahanan kereta juga di sini lebih panjang usia  berbanding tempat lain di Sarawak kerana kependekkan pergerakkan kereta yang boleh membantu mengurangkan kos selenggaraan ke atas kereta.

 Di Limbang ada yang komplen tiada pilihan untuk membeli barang-barang seperti pakaian, barang keperluan rumah dan sebagainya, kalau nak belipun, orang Limbang terpaksa pergi Miri ataupun Kota Kinabalu. Inipun aku rasa boleh bagi mereka yang berada di Limbang untuk menabung duit mereka kerana kurang untuk membeli belah kerana tiada pilihan yang sesuai. Kalau takpun, perbelanjaan yang ada kurang untuk membeli benda-benda yang tidak bermanafaat.

 Jika diteliti dan dirangkum apa yang ada di Limbang dengan bahagian lain di negeri Sarawak pasti di Limbang masih di tahap bandar yang berkos rendah dan menjimatkan.

 Mungkin juga bagi aku, sesiapa yang tinggal di Limbang ini boleh jadi kaya jika pandai mengurus kewangannya dengan betul. Dan tiada sebab untuk orang luar untuk tidak  datang ke Limbang tanpa meneliti keadaan yang sebenarnya berlaku di Limbang.

 Dan aku tak dapat nak sangkalkan bahawa peluang pekerjaan di Limbang memang agak kurang khususnya yang berkerja dengan kerajaan tapi peluang pekerjaan di sini boleh diwujudkan jika pandai mencari peluang.

 Akhir sekali, mungkin ada yang setuju, ermmmm… belanja kahwin disini juga tinggi, jika sesiapa yang ingin memiliki orang Limbang dan adakah sesiapa yang berkeinginan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads