ads

Rabu, 14 September 2011

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Kaji produk pelancongan | BorneoPost Online | Borneo , Malaysia <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2011 06:42 PM PDT

by Jeremy Lanson. Posted on September 5, 2011, Monday

UNIMAS diminta melakukan usaha bagi memastikan produk sedia ada terus kekal dalam keadaan baik

PADAWAN: Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit mengajak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengkaji kemampuan sesuatu produk pelancongan di negeri ini menampung kapasiti pelancong.

Menurutnya, usaha tersebut adalah untuk memastikan agar produk-produk pelancongan yang ada di negeri akan terus kekal dalam keadaan baik terutama dari segi prasarananya.

"Sebagai contoh ialah Kolam Air Panas Kampung Annah Rais, kita dapati terlalu ramai pengunjung yang datang ke situ dalam satu-satu masa."

"Ini menimbulkan kerisauan, kerana kita takut kalau tempat ini (kolam air panas) tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang datang, lagipun kita juga khuatir jika terlalu ramai yang datang akan menyebabkan tempat ini rosak.

"Disebabkan itu, saya mengharapkan UNIMAS dapat menjalankan kajian mengenai kemampuan destinasi pelancongan seperti ini menampung jumlah pengunjung yang datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Gawai Pelancongan Peringkat Negeri di Kampung Annah Rais, di sini malam kelmarin.

Menurut beliau, industri pelancongan pada tahun lepas telah menjana pendapatan sekitar RM80 bilion kepada ekonomi negara.

"Pada tahun lepas, daripada pelancong antarabangsa kita telah berjaya mengumpul sebanyak RM56.5 bilion, manakala daripada pelancong domestik pula kita telah memperolehi sebanyak RM32 bilion," katanya.

Justeru, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Mambong menasihatkan agar lebih ramai lagi masyarakat Bidayuh menyertai perniagaan dalam industri pelancongan.

"Saya sendiri sudah mengenal pasti beberapa lokasi pelancongan yang berpotensi dibangunkan di kawasan ini (Parlimen Mambong), tetapi saya masih menunggu reaksi penduduk tempatan.

"Saya mahu lebih ramai masyarakat Bidayuh menceburi bidang ini kerana ia boleh memberi pendapatan yang tinggi," katanya sambil memberitahu beliau akan berusaha untuk mempromosikan dan membangunkan produk-produk pelancongan yang ada di negeri ini.

Majlis malam tersebut merupakan anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Sarawak dan Kementerian Pelancongan dan Warisan.

Sambutan yang merupakan kali kedua diadakan itu adalah untuk memperkenalkan adat serta budaya tradisional khususnya masyarakat Bidayuh di bahagian Padawan.

Hadir sama ialah Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian Ngusie, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Warisan Datuk Ik Pahon Joyik; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Ranum Mina; ADUN Kedup, Martin Ben; Naib Canselor UNIMAS Peter Songan, Ketua Kampung Annah Rais, Dominic Yon Jaok dan pengerusi penganjur, Edward Kurik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved