ads

Rabu, 14 September 2011

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Catz&#39;s Cafe: Kisah Ramadhan 1: Ramadhan <b>di Kuching Sarawak</b>

Posted: 11 Sep 2011 08:00 AM PDT




salam,

sedikit catatan pengalaman saya berda di Kuching , Sarawak pada awal ramadhan yang lalu.
ye, hari pertama puasa , saya sudah berada di Kuching. Stay di Grand Margharita, Kuching merupakan satu pengalaman menarik. Sudah beberapa kali ke Kuching tapi pertama kali menginap di sini. Hotel terletak di tebing Sungai Sarawak. tarik langsir, nampak pemandangan indah menghadap sungai. Boleh nampak sampan-sampan kecil menyeberang sungai , nampak pemandangan seberang sungai, apatah lagi pandangan waktu senja. menarik.


Catz sempat jalan-jalan lepas habis kerja. menyusuri water front , menikmati matahari petang dan melihat matahari terbenam.
bot pelancong
Subhanallah..indah sungguh. dari lensa kamera kecil saya.
Saya berkesempatan menikmati laksa sarawak yang enak di sebuah restoran berhampiran hotel ketika berbuka puasa seorang diri.
laksa sarawak

sahur..room service.

naik sampan 5 minit dah sampai seberang


lebih kurang je macam tempat kita except kuih ada yang tak pernah jumpa..
saya berjalan-jalan juga di bazar depan waterfront..

jalan-jalan, tengok cenderahati..beli few things..
keesokan harinya, balik kerja, pi jalan kebazar Ramadhan lain pula di Semarak.

dekat sini sangatttt meriah!

ada kuih tongkol, celorot..etc..hahaha..lupa. aku beli sikit-sikit campur-campur sebab nak rasa.
ehem...lupa lah nama kuih ni...


terdapat pelbagai jualan lauk-pauk. dan yang femes di Sarawak ni semestinya lah umai.
umai udang
meriahhhh...
laksa sarawak
murtabak...hem...kat sini murtabak bulat-bulat..
my fav gerai..dua hari berturut aku beli mee goreng dekat sini, bawa makan dekat masjid.


oh..antara makanan paling famous ialah tapai madu..
saya berkesempatan berbuka puasa dengan penduduk tempatan di sini, di sebuah masjid. Tak jauh dari bazar ramadhan itu.

juadahnya cukup sederhana,tapi i was sooo happy to join them..kuih muih, bubur lambuk dan kemudian solat maghrib berjemaah.
oh ya..sini buka cepat...hehehe..6.50 dah buka puasa.. :). merasa lah...dulu selaluuuu je rasa jeles.bila kat sini, xdelah rasa excited sngat..hehehee...

oh ya..kalau di tempat kita time puasa jalan jammm luar biasa kan? kat sini pun sama u ols...jem di mana-mana. letihhh..

ho....mestilah carik kek lapis kan...seberang sungai, waterfront etc...cari kek lapis...


ni kat bazar depan waterfront...celah2 lorong tu

seberang sungai

Tata kuching...
overall nice experience...
will continue on food..
hik...makan aja kannn...

Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati: Jejalan Kat Waterfront Dan Little India <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2011 12:37 AM PDT

Akak breakfast makan bubur nasi segera  kat dalam bilik ajer sebab kami  tak ambil yang ada b/fast sebab rasa tak berbaloi.  Anak-anak cuma minum air pastu terus  jalan kaki ke Kuching Waterfront. 

Laju betul budak 2 orang ni jalan tinggalkan akak.  Sunyi sepi ajer kat sini..ingatkan adalah kedai jual makanan.  Kat sebelah kiri jalan besar banyak kedai yang menjual barang antik.  Malas nak seberang cuma tenguk ajer dari jauh.

Mula-mula nak naik sampan tapi bila pakcik tu kata yang ada cuma taman orkid ..kami tak jadi nak ke seberang.  Kalau gi petang baru best kata pakcik tu.

Tugu yang ada kat area Kuching Waterfront. Nak ambil gambar Imran dan Firdaus kat sini pun mereka tak nak.  Geram betullah.

Bila dah ambil gambar kami terus jalan ke depan nak tuju ke India Street.  Oleh sebab tak tau nak ke situ akak bertanya kat seorang pekerja hotel yang sedang menunggu bas.

Ingatkan kawasan Little India ni ramailah orang India  yang berniaga rupanya lagi ramai peniaga berbangsa China.

India Street terletak diantara  Jalan Power, Jalan Gambir dan Jalan Barrack. Orang tak ramai sangat masa kami sampai. India Street  cuma boleh dilawati pada waktu siang sahaja, diantara 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Koleksi tudung, t shirt kenangan, kain batik sarawak  memang banyak di jual di sini.  Ada juga kedai kasut, cenderamata, sandal, baju melayu dan koleksi rantai tangan serta kain kain ela bagi yang berminat.  Ada gak kedai jual peralatan dan barang bakeri.

Terdapat juga gerai-gerai kecil di kaki lima menjual barang perhiasan seperti kalung kristal dan hasil kraftangan tempatan.

 Di sini ada tempat makan  tapi anak akak nak jenguk apa yang ada kat lorong-lorong kecil di situ. Masa kami sampai peniaga baru nak buka gerai.

 Kat lorong ada gerai-gerai yang menjual sotong, ayam goreng,hati ayam dan macam-macam lagi termasuk mee dan bihun goreng.  Ingat ada tempat nak lepak tapi tak ada.  Akhirnya beli ajer apa yang anak nak makan, terus pergi ke sebuah restoren.

Lepas pekena roti telur dan air kat restoren tersebut, kami jejalan lagi kat sini.

Kalau nak beli cenderahati camni pun ada dan di tepi jalan ada orang lelaki jual gambir sarawak, akak cuma tenguk camner rupanya dan akhirnya akak tak beli satu apa pun kat sini.

Di hujung jalan Little India kami ternampak banyak van yang berhenti kat sini.  Ada van yang ada permit dan ada van sapu.

Oleh sebab kami bertiga bila tanya nak sewa kereta bawa sendiri dekat seratus,  van ataupun teksi nak ke kampung budaya sahaja (RM80.00 tak termasuk bayaran masuk) ataupun ke Setubung dengan harga yang sama,  kami ambil keputusan tak pergi ke situ.  Rasa tak berbaloilah pulak, nanti kalau ada rezeki boleh datang lagi dangan suami dan anak-anak yang lain.

Akhirnya kami naik van ni, sajer jejalan kat mana tah (lupalah nama tempat tu) dengan bayaran cuma RM2.00 seorang.  Bila sampai ke perhentian terakhir tak apa yang menarik kami tak turun kat situ dan terus bayar lagi untuk ke perhentian van semula.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved