ads

Rabu, 31 Ogos 2011

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Paradigm @ Pandangan: Bil 67/2011 "Nanas <b>Sarikei</b>"

Posted: 19 Jul 2011 05:53 PM PDT

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera.

Pesta Nanas Sarikei Kembali Lagi. Bermula hari ini, dan kemuncaknya ialah pada 23 Julai (Sabtu)  di mana pengunjung dari luar Sarikei berpeluang datang (cuti hujung minggu).

Michael Dawi Ali (Residen Bahagian Sarikei) turut mengumumkan tarikh Pesta Nanas 2011 iaitu dari 20 hingga 24 Julai.

"Selaras dengan usaha kita untuk mempromosikan Sarikei sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di rantau ini, imej Sarikei sebagai destinasi agropelancongan telah dikekalkan dan ia ditambah lagi dengan pelbagai cara bagi menyerikan lagi suasana pada tahun ini.

"Setelah mengadakan mesyuarat dengan semua pihak, kita sebulat suara mempersetujui bahawa beberapa acara seperti regata tidak diadakan pada tahun ini tetapi diganti dengan beberapa aktiviti lain yang kita rasakan tidak kurang hebatnya," ujar Michael.

Katanya, antara aktiviti baru akan diadakan pada Pesta Nanas yang akan datang adalah seperti pentas ria yang melibatkan persembahan artis tempatan dan luar, bermukun, pertandingan ratu Pesta Nanas, pertandingan ngajat, 'battle of the band', pertandingan memasak dan menggubah berasaskan buah nanas, pertandingan makan nanas, 'autoshow' dan sebagainya.

Menurutnya, lebih 400 tapak gerai dan pameran disediakan oleh penganjur pada tahun ini untuk digunakan oleh masyarakat yang berminat  menyertai program itu  nanti. Sehubungan itu beliau turut menyeru kepada masyarakat agar memanfaatkan peluang yang ada itu dengan sebaiknya.

Lokasi utama bagi Pesta Nanas bagi tahun ini adalah di Central Market Sarikei.

(dipetik dari Borneo Post online pada 16 Julai 2011)

 Persiapan akhir menyediakan khemah/tapak pesta untuk peniaga

 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved