ads

Rabu, 31 Ogos 2011

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Loji Baru Selesai Masalah Air <b>Lawas</b> Siap 2012

Posted: 28 Aug 2011 11:27 PM PDT

LAWAS – Masalah bekalan air yang dihadapi 45,000 orang penduduk di Lawas, daerah paling utara di Sarawak, dijangka dapat diselesaikan dengan siapnya sebuah loji rawatan air yang baru dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Lawas, Norman Jan, berkata loji yang terletak di Trusan, 20 kilometer dari sini, mampu membekalkan 30 juta liter air sehari apabila beroperasi sepenuhnya.

"Sepatutnya projek ini dapat disiapkan dalam tahun ini tapi ia menghadapi beberapa gangguan menyebabkan berlaku kelewatan," katanya di sini.

Gangguan terakhir berlaku pada Jun lepas apabila sebahagian besar daripada struktur projek bernilai RM80 juta itu dibakar dalam satu kejadian khianat.

Beberapa orang suspek telah diberkas polis.

Sebelum itu, kerja awal pelaksanaan turut terganggu ekoran tuntutan seorang individu yang mendakwa menjadi pemilik tanah tapak projek berkenaan. Hingga kini dakwaan itu tidak dapat dibuktikan oleh individu berkenaan di mahkamah.

"Kita berharap tiada lagi gangguan-gangguan sebegini akan berlaku bagi membolehkan projek ini disiapkan memandangkan ia sudah lama dinanti oleh penduduk di Lawas," kata Norman.

Beliau berkata loji rawatan air yang sedia di Lawas hanya mampu untuk membekalkan 4.8 juta liter air sehari dan tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah di sini.

"Kekurangan bekalan ini semakin ketara apabila berlaku cuaca panas yang berterusan sehinggakan kami terpaksa menghantar bekalan air bersih menggunakan lori tangki ke penempatan-penempatan yang terputus bekalan," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved