[unable to retrieve full-text content]Pesawat Twin Otter Terbabas di Lapangan Terbang Lawas, Sarawak. Menurut laporan BorneoPost Online, kejadian ini berlaku sekitar 3.30 petang semalam. Seramai 16 penumpang, seorang juruterbang dan pembantu juruterbang ...
KUCHING: Jabatan Kerja Raya menerusi kontraktor Pihak Berkuasa Bekalan Air Bau akan melakukan kerja-kerja penyambungan saluran paip berukuran 762 mm yang baru ke saluran paip sedia ada di kawasa Bau pada 24 September ini (Sabtu).
Kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air ialah Jalan Seringgok, Jalan Evergreen, Kampung Podam, Tai Foh Shak, Skim Perumahan Jugan Musi Jambusan dan sepanjang Jalan Jambusan.
Selain itu gangguan juga dijangka berlaku di Bazar Siniawan, sepanjang Jalan Bau/Kuching, kawasan perumahan, Jalan Siniawan Lama/Keranji, Tanjung Durian, Kampung Kopit, Kampung Peninjau Lama/Baru, pekan Bau, semua kuarters kerajaan, SMK Bau, Balai Polis Bau dan sepanjang Sebuku/Tondong, Jalan Sebuku/Buso, kawasan Buso, SMK Paku dan sepanjang Jalan Bau/Paku, SMK Lake dan sepanjang Jalan Bidi/Taiton dan Kampung Suba Buan.
Gangguan bekalan air dijangka berlaku mulai jam 8 pagi pada 24 September hingga 8 pagi 25 September.
Oleh itu penduduk kampung yang terlibat diminta menyimpan air bagi kegunaan sepanjang tempoh tersebut.
Bekalan air akan dipulihkan selepas kerja-kerja penyambungan itu siap sepenuhnya.
Haha .. saja nak mengimbau kenangan masa gi Kuching, Sarawak taun lepas ... walaupun kami tak de masa sangat berjalan-jalan memandangkan masa yang kami ada tu terhad ... tapi ada la jugak sikit-sikit kami pusing-pusing Bandar Kuching ... maklum le pergi dulu tu mengejut .. tak de perancangan .. hehe .. tapi kali ni .. haaaa .. kami dah rancang dah tempat-tempat yang kami nak pergi .. hahah ... jangan marah ye ..
Majlis pertunangan Teh dan Sal kat umah family Sal kat Kuching, Sarawak ...
Tahun lepas pergi Kuching, Sarawak sebab adik aku, teh bertunang dengan gadis dari sini ... kenal baru 3 bulan dah terus nak bertunang .. tu yang kitaorang terkejut sangat tu .. hehe .. teh belikan tiket kapal terbang untuk 4 orang jek .. siap dengan hotel sekali .. kitaorang just pergi jek la .. bawak diri ngan baju jek ... yang lain semua dah diuruskan oleh orang-orang kat Sarawak ni .. alhamdulilah .. kalau tak ... teruk jugak nak bawak barang-barang hantaran naik flight kan .. hehe ..
Aisy kat Lapangan Terbang Kuching, Sarawak .. posing dengan beg-beg kami .. haha
Aisy ngan teh .. muka Aisy muka cuak sebab first time naik kapal terbang .. hehe ..
Sampai kat bilik Hotel Regal Court ... terbongkang kepenatan .. penat dalaman sebenarnya .. haha .. sabo jek la ...
Aisy makan jajan .. hmm .. padahal baru lepas makan mee goreng kat kedai makan tadi ...
Sempat jugak la Sal, tunang teh ni bawak kitaorang makan-makan kat Medan Selera Kg.Gersik .. makan mee kolok sarawak ... hehe .. first time makan ni .. jakun betul .. rupa paras mee kolok ni macam mee segera kat sini ... tapi rasa dia lain .. macam rasa tepung beras .. hehe ... banyak satu mangkuk .. sampai tak abis kitaorang makan .. hehe ..
Aisy ngan abah .. sementara menunggu pesanan makanan tiba iaitu mee kolok ..
Kat seberang sungai ni ... pasar budaya .. yang bercahaya tu hotel apa tah nama dia.. tak ingat le .. tapi memang beso la hotel tu .. masa malam ni diaorang ada buat persembahan budaya kat situ .. bunyi muzik tradisional Sarawak berkumandang ... merdu sungguh kedengarannya ...
Ini mee kolok .. kan rupanya cam mee segera .. hehe ..
Aisy makan kuah dia jek ... mee dia tak luak pun .. air abis .. air milo dia pekat .. lekat .. haha .. sedaaapppp ....
Ini orang jual potato twist .. yang kala merah tu mesin potato twist .. sebenarnya ini kali pertama aku makan potato twist .. haha .. jakun betul aku ..
Adik Sal, Ojie menunjukkan rupa potato twist ... ooo .. cam ni rupanya .. diaorang kata ranggup kalau makan panas-panas .. kalau dah sejuk .. kentang nya jadi tak ranggup lagi la .. hehe ..
Aisy pun jakun dengan potato twist ni ... hehe .. anak aku mestilah macam aku jugak ... haha .. sabo jek la .. tapi potato twist ni memang sedap .. atas tu diaorang letak mayonis ngan sos cili jek .. tak de pulak perasa lain yang macam jual kat sini .. heran gak aku .. ooo .. yang ni perasa original kot .. haha
Kami jugak sempat pergi ke Pasar Satok .. letaknya kat belakang hotel kitaorang menginap .. nama hotel kitaorang tu Hotel Regal Court .. pasar tu bukak dari kul 6 ptg ari sabtu sampai kul 7 ari ahad .. kitaorang pegi tu malam sabtu ... lepas majlis pertunangan berakhir ... hehe .. buleh la gi shoping sikit-sikit .. ala bukan beli apa pun .. beli sorvenir jek untuk kawan-kawan .. barangan manik mutiara banyak kat sana .. kerongsang .. gelang .. rantai .. key chain ... baju logo sarawak pun ada .. semua barangan yang berlogokan Sarawak le banyak kat sini ... selain ikan terubuk masin dan kek lapis yang menjadi mercu tanda barangan dari Sarawak ni ...
Kaunter pertanyaan Hotel Regal Court .. tempat kami menginap selama 3 hari 4 malam ...
Kami jugak sempat di bawa meninjau Muzium Sarawak .. banyak barangan bersejarah kat situ .. tapi sebab tak leh amik pic jadi tak de la gambar kenangan dalam muzium tu ... gambar-gambar amik kat luar muzium jek la ...
Muzium Semulajadi Sarawak ... banyak pecahan-pecahan Muzium kat sini ..
Papan tanda kedudukan Muzium Sarawak
Aisy panjat meriam besi .. hiasan kat luar Muzium Etnologi Sarawak ..
Itu saja lah kenangan yang sempat kami nikmati sepanjang kami berada di Kuching, Sarawak ... tapi kali ini .. mesti lain dari dulu .. sebab kali ini kami pergi beramai-ramai .. siap booking pemandu pelancong sudah .. suruh dia bawak kami menjelajah Bumi Kenyalang ini ... hehe .. harap-harapnya apa yang kami rancang akan terlaksana dengan jayanya .. insyallah .. doakan semoga perjalanan kami selamat yer ...
COUNT US OUT: (from left) Jonas, Jimmy, Munan and Matthew hold up their letters of resignation at the press conference.
KUCHING: Former Sri Aman MP Jimmy Donald has resigned from PKR, citing the need to "re-examine his next political move and future" as reasons to quit the peninsula-based opposition party.
Those who also quit yesterday were PKR Serian chairman Jonas Riong, PKR Kapit chairman Munan Laja, senior member Matthew American and Dr John Brian Anthony, who was defeated in Meluan in the April 16 state polls.
Following these resignations, some of the office bearers and senior members of the affected branches would follow suit within the next few days. Among those from PKR Sri Aman touted to follow suit include the vice chairman, secretary, wanita chief, committee and senior members, Jimmy revealed.
"We have not made any decision about joining other political parties, current or upcoming ones, for the time being," Jimmy told a press conference at his office in MJC Batu Kawah here.
On joining the Barisan Nasional (BN), Jimmy replied: "It's not an option for sure".
Jimmy, who is also PKR Sri Aman chief, said the five of them felt the need to do some re-thinking about their political future and to work out the best course of action.
"For the time being, we are just re-examining our position … to think of the best way to help solve the problems of the people in the state, and how best we can be involved in the politics of Sarawak.
"I wish to thank the president, state liaison chief and all leaders and members of PKR for the help and guidance which they have given me while I was with PKR,"
Although he has resigned, Jimmy said he would remain supportive of PKR's vision and mission, and would continue to render assistance whenever and wherever needed.
He made it clear that leaving PKR was done on their personal basis and not due to disagreements or disappointments with the party.
Asked whether he would be contesting in the next general election, Jimmy said: "I have not made a decision on this. The political scenario is so uncertain for now and anything can happen. Right now, I'm just thinking about what is the next best step."
Jimmy was a three-term Sri Aman MP from 1995 to 2008. When PBDS was de-registered in 2004, all of the party's seats were automatically allocated to the (then) newly formed PRS, which was immediately accepted into the state BN coalition.
In the 12th general election in 2008, Jimmy was not nominated to defend his seat. PRS instead opted for Masir Kujat, who successfully defended the seat for BN.
Masir won the seat with a 4,252-vote majority, defeating independent candidate Cobbold John Lusoi in a straight fight.
Taman Bunga ini terletak di tengah bandaraya Miri, berdekatan kompleks mahkamah, Imperial hotel, masjid atTaqwa dan kompleks membelibelah Bintang. Terdapat sebuah kolam kecil, taman-taman mini seperti kaktus dan bunga kertas. Taman ini tidak sepopular seperti taman2 lain di Miri spt Taman Bulatan atau Taman Awam Miri.
Kalau anda mempunyai jadual yg ketat di Miri, tak perlu datang ke sini.
>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android
Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta sedang bergambar kenangan bersama para tenaga kolej pengajar ketika berlangsungnya program itu.
SRI AMAN, Ahad (18 Sept) – Seramai 30 orang pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Kuching, Sarawak mengikuti program Kem Bina Jati Diri yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Siar Beach Resort, Lundu baru-baru ini.
Pegawai Unit Perhubungan Pelajar Kolej PTPL Sarawak, Normah Jokepli menerusi siaran akhbar hari ini memberitahu program ini bertujuan untuk menyemai semangat jati diri dalam diri setiap pelajar terutama sekali golongan pelajar baru.
Katanya program yang disertai oleh pelajar jurusan Seni Grafik dan juga pelajar Short Course ini bertujuan untuk memupuk semangat berani menghadapi cabaran agar mereka lebih bersedia ketika mengatasi pelbagai halangan selepas ini.
"Pengisian program berteraskan latihan dalam kumpulan dan juga persembahan yang menuntut kerjasama seperti ini akan membantu para pelajar terbabit untuk membentuk jati diri yang lebih kental serta tahan cabaran.
"Semangat seperti ini akan membuatkan mereka lebih berjaya dalam dunia pendidikan IPT pada masa sekarang," jelas beliau sambil menambah bahawa program ini adalah anjuran Unit Pembangunan Pelajar (UPP).
Selain itu, aktiviti sukaneka yang berlangsung pada waktu petang tambah Normah membolehkan para para pelajar mempelajari cara-cara yang sesuai untuk menghilangkan tekanan ketika penat 'belajar'.
Sementara itu pelajar jurusan Diploma Teknologi Makmal Perubatan semester 1, Mohd Zaidi Adruce Arpan melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai program yang dianjurkan oleh Kolej PTPL Sarawak kali ini.
"Ini kerana program itu dapat membantu menghilangkan rasa malu dalam diri saya. Malah saya juga dapat mengenali rakan-rakan lain dan ini memudahkan kami untuk berkerjasama di masa akan datang," katanya.
Turut sama hadir bagi memeriahkan lagi penganjuran aktiviti Kem Bina Jati Diri ini ialah tenaga pengajar kolej iaitu Hazlin Suhaili dan Munirah Yahya.
KUCHING: Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Fatimah Abdullah semalam menerima anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk' menyuarakan bahawa anugerah tersebut merupakan hasil sumbangan wanita di negeri ini.
TAHNIAH: Fatimah bersama suaminya Datu Dr Adi Badiozaman Tuah melihat darjah kebesaran yang telah diterimanya semalam.
Beliau berkata, anugerah tersebut menunjukkan kaum wanita mampu memberi sumbangan yang besar kepada ne-geri mahupun negara.
"Bagi pihak wanita negeri Sarawak saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ayahanda Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan kerajaan negeri atas pengurniaan darjah ini.
"Ia bukan kepada saya sahaja tetapi juga wanita-wanita lain yang merupakan peng-iktirafan kerajaan negeri ke-pada sumbangan wanita sama ada dalam bidang politik, sosial mahupun ekonomi," kata-nya ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Pada masa yang sama Fatimah memberitahu bahawa wanita Sarawak mempunyai semangat yang tinggi untuk bersama-sama kaum lelaki bagi menyumbangkan tenaga mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing demi kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan bangsa dan negara.
Sementara itu, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais yang turut menerima darjah yang sama berkata, anugerah itu adalah untuk semua rakyat khasnya di kawasan Simunjan.
"Saya rasa amat gembira atas anugerah ini, ia sebagai satu penghormatan bukan sahaja untuk diri saya sendiri tetapi juga untuk rakyat di kawasan Simunjan terutama penyokong-penyokong saya yang telah banyak bekerja keras selama ini," katanya.
Manakala Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Datuk Mong Dagang mem-beritahu, anugerah tersebut merupakan sesuatu yang tidak dijangka.
"Ia (anugerah) sangat me-ngejutkan saya dan ini juga adalah untuk rakyat di Bukit Begunan yang banyak menyo-kong Barisan Nasional.
"Dengan kepercayaan ini saya akan bekerja lebih keras lagi terutama kepada rakyat di negeri ini amnya," katanya.
Dalam majlis penganugerahan itu semalam, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar mendahului senarai penerima dengan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk Amar' yang disampaikan oleh Tun Salahuddin.
Manakala penerima kedua, ADUN Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud menerima darjah kebesaran 'Panglima Negara Bintang Sarawak' yang membawa gelaran 'Dato Sri'.
Sementara itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Fatimah Abdullah mendahului senarai lapan orang penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.
Diikuti Menteri Muda Kemudahan Awam Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pertanian Mong Dagang, ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn, Mejar Jeneral Mazelan Kasap, Brigadier Jeneral Stephen Mundaw dan Temenggung Kanang Langkau.
Bagi anugerah Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu pula didahului oleh Jabidah Monseri daripada Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Moha-med Ali Mohamed Sheriff daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.
Anugerah Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato kepada 13 penerima.
Antara penerima, Rhodzariah Bujang, Rugayah Abdul Majid, Janet Lau Ung Hie, Sait@Mohamad Sait Ahmad, Prof Dr Jamil Hamali, Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman, Usop Wahab @Sani Wahap, Alexander Maiyor, Abang Jemat Abang Bujang, Abang Talhata Abang Hazemi, Mohammad Medan Abdullah, Dr Liew Wee Liik dan Koh Yaw Hui.
Sayed Ali Dabier Moghaddam daripada Hitachi Global Storage Technologies pula dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sara-wak (P.S.B.S) Kehormat yang membawa gelaran Dato.
Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan tetamu kehormat lain.
Serikin,adalah sempadan antara MALAYSIA-KALIMANTAN.terletak di daerah Bau,sarawak,perjalanan lebih kurang satu jam-satu setengah jam dari bandar Kuching.Dibuka hanya pada hujung minggu sahaja.Para pelancong yg datang ke sarawak,mahupun dari luar dan dalam negeri pasti akan singah ke sarikin ini.terdapat banyak barangan yg menarik utk dibawa sbg ole-ole dr sarawak.pelbagai pilihan yg boleh didapati disini disamping harganya yg murah dan berpatutan.jadi,Jom Singah lok ke Sarikin Sarawak.
MENARIK...Jamil Pinoh, 20, dari Rumah Sebli, Sibau Rimbau, Simunjan sedang menunjukkan Raja Buah iaitu durian ketika ditemui Utusan Sarawak di Dusun Semabang milik keluarganya kelmarin. Dusun Semabang mempunyai enam jenis bulu buah durian yang berbeza dan memudahkan lagi kerja membezakan identiti buah berkenaan dari masa ke semasa. Hasil buah durian yang gugur di Dusun Semabang kata Jamil telah dijual di Samarahan dan Siburan, Kuching. Beliau bersama rakan juga turut menjual buah durian terbabit di Pasar Tamu Sri Aman sebanyak tiga kali setakat ini. Dusun Semabang kini dikatakan berada pada peringkat akhir dan bakal berhenti menggugurkan buah dalam tempoh beberapa hari lagi. - 17 Sept
by Johnson K Saai, reporters@theborneopost.com. Posted on September 24, 2011, Saturday
DISAPPOINTED: TR Jilan (left) and TR Renggan commenting on a report about the issue that appeared in the newspaper on Wednesday.
KUCHING: Two village headmen from Balai Ringin yesterday jointly expressed their disappointments that some politicians seemed to have taken advantage of their land issue to gain political mileage.
They told The Borneo Post that they were so surprised when introduced to state Democratic Action Party (DAP) secretary Chong Chieng Jen after filing their report at the Sungai Maong police station over the alleged transaction and agreement which relinquished the villagers of customary rights over their land.
The headman from Kampung Tanah Mawang TR Jilan Libat and TR Renggan Brita, the village chief from Mampung Menyang A, both in Balai Ringin, Sri Aman, were both surprised when they saw "strangers" waiting outside the station the moment they walked out after making a police report on Tuesday.
"We didn't know who those people were and why they were there. It was only after they were introduced to us we knew one of them was MP for Bandar Kuching and assemblyman for Kota Sentosa".
"We were unsure who brought them there in the first place but it certainly was not upon our invitation. They could have been informed by someone from among us but as far as we were concerned it was something improper because in the first place we did not want this matter to involve politics".
"If we have wanted to bring in politics to this matter we could have brought it to the attention of Sri Aman MP Masir Kujat or Balai Ringin assemblyman Snowdan Lawan but we preferred to handle this thing on our own and approached the relevant authorities ourselves," they said when speaking to The Borneo Post here yesterday.
They said what made them feel really bad was that some politicians were taking advantage of the situation to gain political mileage.
They said it was quite obvious that the DAP had been trying its best to make its presence felt in Sri Aman in view of the coming general election.
They revealed that the party was eyeing to contest the Sri Aman seat by nominating Leon Jimat Donald to challenge the BN incumbent from Parti Rakyat Sarawak (PRS).
"Most of us became so uneasy the moment we saw the DAP people around that day when in the first place we did not want this matter to be a political issue but then again it has never been our culture to simply tell people off even when we dislike or disagree with them," they clarified.
On Tuesday a group of disgruntled villagers from Balai Ringin lodged a police report over an alleged transaction and agreement that relinquished their rights over their land.
The 571.11 hectare communal land was shared by residents of Kampung Bayor, Pengkalan Kawi, Sungai Panggah, Sungai Engkabang and Lubok Melikin, Sungai Bayor, Pengkalan Kopi, Pengkalan Bait, Sungai Kerangan, Pengkalan Chabi, Sungai Danau, Pengkalan Langgir, Sungai Melikin and Batang Kran,
Apart from making the police report over the matter, the villagers also referred the case to the Land and Survey Department for investigation.
The chorus of support for Dato Sri Abu Bekir grows ever stronger with PBB Senior Vice President Yang Berhormat Dato Amar Awang Tengah Ali Hasan the latest to support him. Now it is almost inevitable that Dato Sri Abu Bekir will be the BN candidate for Samarahan parliamentary constituency soon. Being the son of the Chief Minister Dato Sri Abu Bekir would need no less than the post of PBB Youth Chief as his party platform.
Borneo Post September 9, 2011, Friday
KUCHING: Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib may be one of new faces to be fielded by PBB in the next general election. PBB senior vice-president Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan said that beside Abu Bekir, the party was also "analysing the performance of our current MPs". Tengah said, "I am very happy for him and I hope he is serious". "I am happy for those young people who have enough experience and knowledge and what more to say a person such as Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib who comes from a well-known political family," Awang Tengah told the media at his Hari Raya open house here on Wednesday. On a related issue, Awang Tengah, who is also Second Minister of Planning and Resource Management said that in each election, PBB would continue to rejuvenate the party to remain relevant by fielding only winnable candidates. PBB, as the backbone of the state BN, is allocated with 14 parliamentary seats, while SUPP is allocated seven, PRS (six) and SPDP (four). "In every election, PBB has new faces to include the young and professionals. This is one way to inculcate the leadership skills and to ensure continuity in the party," he said. When asked how many new faces PBB would field in the next general election, he said, "the time will come for us to decide". "However, we are actually analysing the performance of our current MPs and if need be, we will have new faces for the coming general election," he added.
[unable to retrieve full-text content]Kami Di sini. Dicatat oleh SMK ASAJAYA SAMARAHAN di 8:22 PM · E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook. Label: Asajaya. Lokasi: Asajaya, Sarawak, Malaysia ...
MARUDI: Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu, masyarakat di Pekan Marudi turut tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan sambutan bersejarah itu dengan penuh semangat patriotik melalui penganjuran pelbagai aktiviti.
Antara aktiviti yang dilangsungkan ialah Larian Obor 1Malaysia, Pertandingan Basikal Berhias, senam robik beramai-ramai oleh para kenamaan, agensi kerajaan dan persatuan-persatuan di sini.
Antara yang turut serta dalam acara senam robik yang telah diadakan di Dataran Marudi itu ialah Menteri Muda Bekalan Air yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Sylvester Entri Muran.
Manakala acara kemuncak sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan peringkat daerah kecil Marudi ialah majlis memotong Kek 1Malaysia yang terpanjang pernah dibuat di sini, yang berukuran 13.5 kaki panjang.
Kek setebal lima inci yang diperbuat daripada tepung gandum dan beras pulut itu turut diwarnai dengan corak dan warna-warna Jalur Gemilang.
Ia juga turut menggunakan 80 biji buah kelapa dan 40 kilogram beras pulut dan mengambil masa selama sehari semalam untuk membuatnya. Kerja-kerja membuat Kek 1Malaysia ini telah dijayakan oleh ahli-ahli Wanita KIM.
Dalam pada itu Entri memberitahu bahawa aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, walaupun tidak sebesar namun boleh menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat Malaysia dan menyemai semangat patriotik agar penduduk mengetahui maksud kemerderkaan.
"Pada masa yang sama, tujuan kita ialah untuk menyemai dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan generasi muda di sini," tambah beliau.
Sementara itu, dalam pertandingan Larian Obor 1Malaysia pula, kategori lelaki yang disertai sebanyak 18 pasukan telah dimenangi oleh pasukan SMK Marudi, kedua ialah Pasukan Baram Mania 2 dan ketiga ialah JKKK Kampung Pemindahan Cina.
Bagi kategori wanita, sebanyak tujuh pasukan mengambil bahagian dengan johan dimenangi SMK Marudi, kedua ialah pasukan Hotsexy Girl.com.
KUCHING: Seorang lelaki dari Lundu mengalami patah tangan selepas ditimpa buah durian Selasa lepas.
Mangsa yang berusia 52 tahun dari Kampung Sebako itu dalam perjalanan pulang selepas memancing ikan di sungai apabila dia ternampak seorang rakannya di pondok tepi jalan sekitar jam 5 petang dan singgah untuk berbual.
Menurut mangsa, dia menyandar tangan kanannya pada tiang kayu ketika berbual dengan kawannya apabila buah berduri itu jatuh dari atas pokok dan terkena tangannya lalu patah.
Mangsa pada mulanya menerima rawatan di Hospital Lundu sebelum dirujuk di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini untuk rawatan lanjut.
Dalam satu insiden berasingan, seorang lelaki berusia 58 tahun patah tulang belakang apabila dia terjatuh dari pokok buah-buahan dekat kampungnya di Betong.
Insiden berlaku sekitar jam 4 petang pada Selasa lepas apabila mangsa memanjat pokok setinggi 15 kaki itu untuk mendapatkan sejenis buah hutan tempatan apabila dia tergelincir dan terjatuh ke tanah.
Mangsa dihantar ke HUS dan dimasukkan untuk rawatan lanjut.
Lama dah kita tidak mendengar Raja Haiwan Buaya di dalam negeri mengganas sekarang nie. Hari tu "Buaya Gergasi dijumpai di Manilla", dan sekarang nie satu mangsa lelaki telah menjadi makanan sang buaya di Sungai Sebelak, dekat Kampung Roban Saratok, Sarawak.
SARATOK: "Saya melihat buaya itu muncul di permukaan air sambil menjulang tubuhnya sebelum menghilangkan diri secara perlahan-lahan ke dasar sungai," kata Safri Hassan, 20, ahli keluarga Sulaiman Abdullah, 66, yang dikhuatiri maut selepas dibaham buaya di Sungai Sebelak, dekat Kampung Roban, di sini, awal pagi semalam.
Safri yang menceritakan perkara itu berkata, dia terserempak dengan buaya itu ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama beberapa penduduk di sekitar tempat kejadian. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, buaya berkenaan muncul sambil menjulang tubuh mangsa. Saya terkejut namun tidak sempat berbuat apa-apa sebelum reptilia itu menghilangkan diri.
"Tindakan buaya berkenaan menunjukkan tubuh mangsa seolah-olah 'meminta izin' daripada kami untuk memakannya," katanya. Dalam kejadian itu, Sulaiman bersama anaknya, Endoi, 40, serta cucunya, Nazri, 9, keluar menangkap udang di sungai berkenaan, jam 4.30 pagi.
Ini kejadian kedua sepanjang tahun ini membabitkan buaya mengganas di sungai berkenaan di mana sebelum ini penduduk, Menkay Goheh maut selepas dibaham buaya ketika mencuci tangan, Mei lalu.
Kejadian berlaku ketika Menkay keluar bersama rakannya menangkap udang, jam 12 tengah malam menggunakan bot. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Lee Thai Lein berkata, mangsa bersama anak dan cucu dikatakan keluar menangkap udang jam 3 pagi ketika air sungai surut. Beliau berkata, setakat ini operasi dijalankan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan penduduk masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada mangsa masih hidup atau meninggal dunia.
"Operasi bermula jam 10 pagi tadi (semalam) dan tertumpu di sekitar lokasi kejadian, termasuk di beberapa lubuk sungai berkenaan. "Ini kerana mangsa mungkin dibawa ke sana (lubuk). Setakat ini operasi masih diteruskan untuk mencari mangsa," katanya.
KUCHING: Geran langsung tidak akan diberikan kepada mana-mana kampung di Parlimen Mambong dikhuatiri berlaku pecah amanah.
Ahli Parlimen Mambong Dr James Dawos Mamit berkata tindakan sedemikian dilakukan olehnya kerana melihat banyak geran langsung yang diminta bertujuan untuk membina atau membaiki prasarana dalam kampung disimpan untuk tabung Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
"Geran langsung yang diberikan bertujuan untuk melaksanakan pembangunan prasarana di kampung dan bukannya untuk tabung JKKK kerana jumlah bagi tabung diberikan RM5,000," katanya.
Beliau memberitahu bahawa pihaknya menggunakan pendekatan baru dengan memanggil kontraktor yang mengenali keperluan penduduk kampung terbabit dan yuran akan dibayar melalui pejabatnya (Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Mambong) .
Menurut Dawos, ia penting bagi tujuan maklum balas laporan ke pejabat audit.
Sementara itu, beliau turut menyuarakan desakan mempercepatkan kerja-kerja penurapan dan membina jalan raya di konstituensinya oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.
"Kelulusan telah diberikan sejak Mac lalu dan sekarang sudah masuk bulan September.
"Saya mahu ia disiapkan secepat mungkin sebelum tahun 2012," katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Hadiah Keceriaan Landskap 2011 anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Kampung Gayu di sini semalam.
Sebelum itu, beliau berjanji untuk menyiapkan pembinaan dewan sekolah SK Kampung Gayu yang telah terbengkalai lama disebabkan kekurangan peruntukan.
Beliau terkejut dengan nilai peruntukan yang diberikan kepada sekolah itu terdahulu sebanyak RM50,00 sedangkan setiap sekolah harus menerima sekurang-kurangnya RM250,000.
Dawos berjanji untuk menghantar kontraktor minggu hadapan bagi menyiapkan bangunan dewan itu.KUCHING: Geran langsung tidak akan diberikan kepada mana-mana kampung di Parlimen Mambong dikhuatiri berlaku pecah amanah.
Ahli Parlimen Mambong Dr James Dawos Mamit berkata tindakan sedemikian dilakukan olehnya kerana melihat banyak geran langsung yang diminta bertujuan untuk membina atau membaiki prasarana dalam kampung disimpan untuk tabung Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
"Geran langsung yang diberikan bertujuan untuk melaksanakan pembangunan prasarana di kampung dan bukannya untuk tabung JKKK kerana jumlah bagi tabung diberikan RM5,000," katanya.
Beliau memberitahu bahawa pihaknya menggunakan pendekatan baharu dengan memanggil kontraktor yang mengenali keperluan penduduk kampung terbabit dan yuran akan dibayar melalui pejabatnya (Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Mambong) .
Menurut Dawos, ia penting bagi tujuan maklum balas laporan ke pejabat audit.
Sementara itu, beliau turut menyuarakan desakan mempercepatkan kerja-kerja penurapan dan membina jalan raya di konstituensinya oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.
"Kelulusan telah diberikan sejak Mac lalu dan sekarang sudah masuk bulan September.
"Saya mahu ia disiapkan secepat mungkin sebelum tahun 2012," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Keceriaan Landskap 2011 anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Kampung Gayu di sini semalam.
Sebelum itu, beliau berjanji untuk menyiapkan pembinaan dewan sekolah SK Kampung Gayu yang telah terbengkalai lama disebabkan kekurangan peruntukan.
Beliau terkejut dengan nilai peruntukan yang diberikan kepada sekolah itu terdahulu sebanyak RM50,00 sedangkan setiap sekolah harus menerima sekurang-kurangnya RM250,000.
Dawos berjanji untuk menghantar kontraktor minggu hadapan bagi menyiapkan bangunan dewan itu.
Tahukah anda, Negeri Sarawak mempunyai sejarah yang tersendiri yang juga masih belum diketahui . Oleh itu bagi menyambut 16th September yang merupakan hari pengabungan Sabah & Sarawak bagi membentuk sebuah Negara yang diberi Nama Malaysia. Kita mulakan dengan Senarai Pemimpin yang pernah berkhidmat dan mengubah corak pentadbiran Sarawak.
Untuk Info anda sekiranya ketiadaan James Brooke kemungkinan Sarawak adalah sebuah Negeri di dalam KeSultanan Brunei. Itu hanyalah ramalan dan bukan fakta.
Sir James Brookepada tahun 1838 - 11 Jun 1868.
Sir James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1868) dilahirkan di India dan merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama.
Brooke mengembara ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825. Dia tercedera dan dihantar kembali ke England untuk dirawat. Pada tahun 1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.
Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya. Pada tahun 1835, ayahnya meninggal dunia dan meninggalkan harta berjumlah £30,000, di mana dia menggunakan duit itu untuk membeli sebuah kapal bernama the Royalist. Selepas belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu Sultan Brunei menghadapi ancaman itu dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak dengan mengugut Sultan Brunei.
James Brooke kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke kembali ke England apabila dia dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.
Brooke menjadi tumpuan selepas kntroversi mengenai dirinya timbul. Selepas satu penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. namun demikian perkara ini menghantui Brooke.
Dia memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya pada tahun 1868, selepas tiga kali serangan strok dalam tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke untuk menjadi Raja Putih kedua Sarawak.
Charles Anthoni Johnson3 Ogos 1868 - 17 Mei 1917.
Charles Anthoni Johnson (3 Jun 1829 - 17 Mei 1917), kemudiannya dikenali sebagai Charles Brooke memerintah Sarawak sebagai Raja Putih kedua dari 3 Ogos 1868 hingga dia meninggal dunia. Dia menggantikan pakciknya, James Brooke sebagai raja.
Charles Brooke dilahirkan di Somerset, England dan merupakan anak kepada Francis Charles dan Emma Frances Johnson (adik James Brooke). Francis dan Emma mempunyai beberapa anak yang lain iaitu Kapten John Brooke Johnson-Brooke (lebih tua daripada Charles), Kapten William Frederic Johnson, Henry Stuart Johnson Brooke, Mary Anna, Harriet Helena, dan Emma (semuanya lebih muda daripada Charles).
Memandangkan James Brooke tidak mempunyai sebarang anak, dia melantik anak saudaranya sebagai raja. Pada tahun 1861, dia menamakan Kapten John Brooke Johnson-Brooke, anak adiknya yang paling tua sebagai penggantinya. Dua tahun kemudian semasa Kapten John berada di England, James menggugurkan dan menegah Kapten John daripada menjadi raja dan memasuki Sarawak disebabkan Kapten John mengkritiknya. Pada tahun 1865, James Brooke menamakan Charles sebagai penggantinya.
Charles kemudiannya menukarkan namanya menjadi Charles Brooke dan menjadi Residen Lundu pada tahun 1852. Pada 28 Oktober 1869 dia mengahwini Margaret Alice Lili de Windt.
Charles menyambung kembali segala macam perkara yang pakciknya usahakan seperti menghalang lanun, memansuhkan penghambaan dan melarang aktiviti pemburuan kepala oleh kaum-kaum di Sarawak. Selepas kematiannya kerajaan British telah membenarkan Sarawak membina parlimen dan laluan kereta api dan terjumpanya telaga minyak.
Charles Brooke digantikan oleh anaknya Charles Vyner Brooke selepas kematiannya.
Sir Charles Vyner deWindt Brooke Rajah Putih Ketiga dan Terakhir - 24 Mei 1917-1 Julai 1946
Sir Charles Vyner deWindt Brooke (30 September 1874 – 9 Mei 1963) ialah Raja Putih ketiga dan terakhir Sarawak.
Brooke menghabiskan masa mudanya didalam perkhidmatan awam Sarawak sebelum belayar ke England dan berjumpa dan seterusnya mengahwini Sylvia Brett anak kepada Lord Esher pada 21 Februari 1911 dan kemudiannya kembali ke Sarawak bersama-sama dengannya.
Selepas kematian Raja Putih kedua Sarawak, Charles Brooke, Brooke kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Putih Sarawak ketiga pada 24 Mei 1917. Perkembangan Sarawak semasa pemerintahan awal Brooke menyaksikan Sarawak menjadi antara maju kerana pengeluaran getah dan minyak mentah. Hal ini membolehkan Brooke memodenkan institusi-institusi di Sarawak termasuklah perkhidmatan awamnya.
Dasar Brooke menjadikannya popular apabila ada antara dasar tersebut seperti pengharaman mubaligh Kristian disukai ramai. Namun demikian Sarawak menjadi serangan tentera Jepun pada 25 Disember 1941. Brooke melarikan diri bersama-sama keluarganya ke Sydney, Australia di mana dia berada di situ sehinggalah tamatnya peperangan.
Brooke kembali ke Sarawak pada 15 April 1946 dan kembali menjadi raja sehinggalah pada 1 Julai 1946 apabila Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Hal ini menyebabkan berakhirnya pemerintahan raja putih di Sarawak.
Itu sahaja yang dapat Mr J kongsikan dan sejarah tidak dapat diubah tetapi mungkin sejarah dapat dirahsiakan ?..