Selasa, 3 Jun 2014

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Kerugian akibat kecurian elektrik <b>di Sibu</b> masih tinggi – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 21 May 2014 03:31 PM PDT

PERIKSA: Juruteknik SESCo membuat pemeriksaan ke atas meter elektrik di sebuah premis di Jalan Kampung Nyabor, semalam.

SIBU: Kecurian bekalan elektrik di bandar Sibu telah menyumbang kerugian sebanyak RM35 juta kepada Syarikat Sesco Berhad (SESCo) pada tahun 2011.

Menurut jurucakap Sarawak Energy Berhad (SEB), jumlah tersebut adalah lebih separuh daripada kerugian keseluruhan yang dialami syarikat pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM60 juta.

"Bagi kes di Sibu, jumlah kerugian akibat kecurian elektrik ialah RM35 juta. Ini lebih separuh daripada kerugian keseluruhan yang dialami iaitu RM60 juta.

"Jumlah kerugian yang dialami di Sibu masih tinggi meskipun jumlah kerugian keseluruhan telah menurun berbanding RM61 juta pada tahun 2010," ujarnya kepada pemberita, semalam.

Difahamkan sejak 2011, SESCo telah berjaya mengurangkan kerugian akibat kecurian elektrik daripada RM140 juta kepada RM60 juta.

Jurucakap SEB itu memberitahu, anak syarikat SEB itu telah membuat pemeriksaan ke atas 107,981 premis dan mengesan 13,139 meter yang telah diganggu atau diubah suai.

Pemeriksaan melibatkan 51,663 pelanggan domestik, komersil (50,933) dan industri (5,385).

Daripada jumlah itu, 6,295 meter pelanggan domestik telah diganggu, komersil (6,626) dan industri (218).

Di Sibu, katanya, pihak yang paling banyak dikesan melakukan kesalahan itu adalah pelanggan komersil.

Sejak SESCo memperkenalkan talian kecurian elektrik iaitu 082-443535, syarikat telah menerima purata empat hingga lima aduan setiap minggu daripada orang awam.

"Jumlah ini semakin meningkat yang menunjukkan kesedaran di kalangan orang awam dan sokongan dalam memerangi kecurian elektrik amat baik.

"SESCo amat menghargai maklumat yang disalurkan oleh orang ramai seperti nama serta butiran penyedia perkhidmatan yang menawarkan khidmat mengubah suai meter," ujarnya.

Beliau juga memberitahu, sejumlah 111 kes telah dibawa ke mahkamah setakat ini dan lebih kurang 50 peratus kes telah berjaya diselesaikan.

Mencuri elektrik adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 33(5), Ordinan Elektrik serta boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, pihak SESCo telah membuat pemeriksaan ke atas beberapa buah premis komersil dan industri di sini pagi semalam.

Operasi diadakan di Lorong Sukun dan Jalan Kampung Nyabor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads