ads

Selasa, 3 Jun 2014

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Pelumba Sarikei, <b>Saratok</b> pamer aksi mantap – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 02:28 PM PDT

SIBU: Pelumba dari Sarikei menguasai Kategori B dan Terbuka manakala pelumba dari Saratok Racing Team menguasai Kategori C dan D dalam perlumbaan Drag Race Motosikal Sprint Test yang berakhir di landasan Lapangan Terbang Lama Sibu, kelmarin.

Chong Ah Kee dari Sarikei muncul juara Kategori B disusuli Fazreen Majlan dari Kuching di tempat kedua, Steven Henry dari Serian di tempat ketiga dan Andy Herbert Taris dari Sibu di tempat keempat.

Ling Moh Fu dari Sarikei menjuarai Kategori Terbuka diikuti Abang Mohamad Ibrahim dari Saratok Racing di tempat kedua, Ramblee Muhd Ulis (Mukah) di tempat ketiga dan Mohd Azim Jasoa Abdullah (Mukah) di tempat keempat.

Mohd Azim Jasoa Abdullah tidak mengecewakan Mukah Racing Team apabila muncul juara Kategori A, diikuti Ramblee Muhd Ulis di tempat kedua, Fazreen Majlan di tempat ketiga dan Lai Tey Hwong.

Abdul Ghafur Karim mewakili Saratok Racing Team muncul juara Kategori C disusuli Abang Mohamad Ibrahim di tempat kedua, Ibrahim di tempat ketiga dan Mohd Sulaiman Selet dari Kuching di tempat keempat.

Pelumba Saratok Racing Team membuktikan mereka masih unggul apabila pesertanya, Asri Ibrahim muncul juara Kategori D disusuli Ramlee Mohd Ulis di tempat kedua, Anuar Borhan mewakili SS Motor Miri di tempat ketiga dan Haizal Makbul dari Johnson Racing Team Sibu di tempat keempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa'ee dan Setiausaha Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS), Mohd Junaidi Sambang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Perlumbaan tiga hari itu disertai oleh lebih 100 pelumba dari seluruh negeri dan dianjurkan oleh AWAS.

Juara bagi setiap kategori memenangi hadiah wang tunai RM500 dan piala, naib juara RM300 dan piala, pemenang ketiga RM200 dan piala dan keempat piala.

Perlumbaan itu dilancarkan dengan rasminya oleh Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol Jumaat lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved