ads

Ahad, 1 Jun 2014

11 di miri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


PM rasmi Rumah Terbuka Gawai <b>di Miri</b> pada 2 Jun – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 16 May 2014 05:48 PM PDT

Oleh Jessica Jawing

PENUH TRADISI: Jabu bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang (kiri) dan Menteri Muda Pembangunan Estet Perindusrian Datuk Peter Nansian Ngusie (kanan) pada sidang media di Kuching, semalam.

KUCHING: Bandar raya Miri akan menjadi tuan rumah sambutan Rumah Terbuka Malaysia: Gawai Dayak 2014 pada 2 Jun yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kemuncak sambutan akan berlangsung pada sebelah malam di Dataran Kipas Miri dan bakal dihadiri Perdana Menteri serta isteri, Yang di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri dan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem serta isteri.

"Pada tahun ini, kita menyaksikan bahagian utara (Sarawak) sebagai tuan rumah bagi Rumah Terbuka Gawai Dayak dengan tiga program disediakan dalam satu hari.

"Pada sebelah pagi, beliau (Perdana Menteri) akan melawat ke Long Silat, Baram iaitu rumah panjang kaum Kelabit terdiri daripada 78 buah keluarga dan sambutan akan diadakan secara tradisi," ujarnya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Jabu yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi program itu memberitahu, dianggarkan 3,000 penduduk dijangka menyertai program berkenaan.

Long Silat, kata beliau, antara kawasan terpencil dan boleh dihubungi enam hingga lapan jam dengan menggunakan jalan darat atau tiga hari menggunakan bot.

Tambah beliau, selepas program terbabit, Perdana Menteri akan bersama rakyat di kawasan Lambir iaitu lawatan ke Rumah Jarek Kelambu sebelum acara kemuncak pada sebelah malam.

"Kita amat berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pengelola kedua-dua program itu bagi merayakan sambutan Gawai.

"Begitu juga dengan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang bersama-sama menyumbang terhadap kos kelolaan sambutan ini," jelasnya.

Jabu memberitahu, sambutan rumah terbuka kali ini dijangka menerima pengunjung yang memberangsangkan termasuk dari Brunei, Sabah serta para pelancong yang datang ke bandar raya berkenaan.

Selain acara membabitkan tetamu kehormat, acara di Dataran Kipas dimulakan pada sebelah pagi dengan senamrobik Gawai, sukaneka tradisional serta gerai jualan (makanan, minuman, produk tempatan dan kraf tangan).

"Sambutan juga amat bertepatan memandangkan tahun ini Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Sarawak 2014.

"Sarawak boleh menghasilkan program unik untuk pelancongan," katanya.

Program itu disokong oleh kedua-dua Kementerian Pelancongan pusat dan negeri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved