ads

Ahad, 1 Jun 2014

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


TYT dan isteri meriahkan AGM PERKIM <b>di Lawas</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 02:57 PM PDT

MOHON KEBERKATAN: Taib dan Ragad serta Awang Tengah mengaminkan doa sebaik tiba di Lawas baru-baru ini.

BERTEMU RAKYAT: Awang Tengah (kiri), Taib, Ragad, Morliah, Hanifah dan Fatimah menghadiri majlis tahlil di Masjid Besar Ma'mur Lawas.

YANG di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib  memeriahkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-26 PERKIM Sarawak di Stadium Tertutup Lawas, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isterinya yang juga Pengerusi PERKIM Lawas Datuk Dayang Morliah Datuk Daud, Pengerusi PERKIM Sarawak Datuk Hanifah Taib dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah.

Sebanyak 18 cawangan PERKIM seluruh Sarawak menghadiri AGM di Lawas kali ini untuk berbincang dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara utama yang termaktub dalam perlembagaan PERKIM.

Mesyuarat diadakan bagi merangka hala tuju PERKIM dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti untuk manfaat umat Islam dan masyarakat amnya.

AGM diadakan bagi pemilihan jawatankuasa baharu untuk tempoh dua tahun (2014-2015) bagi jawatan pengerusi, timbalan pengerusi satu, timbalan pengerusi dua, serta memilih lapan orang ahli jawatankuasa.

Tujuan AGM diadakan dil uar Kuching adalah untuk merapatkan hubungan antara PERKIM bahagian dan PERKIM Cawangan.

Ia juga memberi peluang dan pengalaman berguna kepada cawangan yang terlibat untuk memperkukuhkan keupayaan mengurus dan melaksana aktiviti pendidikan dan dakwah.

Terdahulu, ahli delegasi melakukan lawatan ke Kampung Awat-Awat, melakukan aktiviti penanaman pokok, pelepasan anak-anak ikan, pecah tanah untuk pembinaan rumah kepada mangsa kebakaran di Awat-Awat dan majlis bacaan surah Yassin serta tahlil kepada Allahyarhamah Datuk Patinggi Laila Taib dan semua ahli PERKIM yang menyumbang kepada badan berkenaan sejak awal lagi.

Majlis diserikan dengan persembahan daripada pelajar SK Agama (MIS) Lawas, persembahan nyanyian oleh kumpulan KPSU Kuching dan kemuncaknya ialah kemunculan Mawi AF.

GANJARAN PAHALA: Ahli delegasi PERKIM turut membaca surah Yassin beramai-ramai.

MERIAH: Kumpulan hadrah turut mengiringi bot-bot kenamaan yang belayar di Sungai Awat-Awat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved