Ahad, 4 Mei 2014

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di sibu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2014 05:49 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sindiket Sex Scam "Pelacur Tipu Pelangan" <b>di Sibu</b>, <b>Sarawak</b>. | The <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2014 10:11 PM PST

Sibu, Sarawak nama yang tidak asing lagi bagi 'masalah' sosial . Sibu sering dikaitkan dengan tempat 'penjenayah' suatu ketika dahulu dan juga merupakan 'sarang' kepada dunia gengster di Sarawak tetapi Mr.J tidak mahu mengulas dengan lanjut kerana Pihak Berkuasa tahu apa yang mereka buat dan akan buat serta tengah buat.

Kali ini Mr.J hendak mengulas mengenai modus operandi yang berkaitan dengan Sindikit Scam Pelacuran , kejadian ini sudah lama berlaku tetapi mungkin tiada laporan polis dibuat akibat si mangsa tidak mahu menangung aib ataupun malu atas sikap 'melangan pelacur' terbongkar.

Atas dek Nafsu maka hilanglah segala duit, maruah bahkan segalanya, hal ini telah berlaku apabila seorang pemuda 'forever alone' mengajak seorang wanita seksi yang berkeliaran di kaki lima ke sebuah hotel berdekatan tetapi malangnya ianya adalah sebuah 'umpan' untuk memancing si lelaki tersebut sepertimana Mr.J mengunakan umpan roti untuk mendapatkan Ikan Lajong di Sungai Rajang berdekatan Waft Express Sibu .

Setelah itu , wanita tersebut naiklah ke bilik hotel dan tidak sampai beberapa minit kemudian maka muncul susuk lembaga lelaki iaitu dipercayai adalah suami kepada wanita tersebut dan maka bermulalah babak drama sinetron iaitu mendesak si mangsa untuk membayar sejumlah wang sebagai 'pembebasan' daripada dibelasah atau dimalukan dikhalayak ramai.
SIBU: Seorang lelaki berusia 20-an mengalami kerugian RM2,000 selepas melanggani seorang wanita di sebuah hotel di sini kelmarin. Dalam kejadian jam 10 pagi, lelaki terbabit terserempak dengan seorang wanita di kaki lima dan kemudian mempelawanya ke sebuah hotel bajet yang berdekatan. 
Semasa berada di bilik hotel tersebut, wanita terbabit sedang menanggalkan pakaian pengadu selepas mereka bercumbu-cumbuan di dalam bilik hotel. Tanpa disangka, tiba-tiba mereka berdua terdengar ketukan pintu bilik memaksa pasangan tersebut terkejut dari lamunan untuk membuka pintu bilik hotel tersebut. 
"Kenapa awak bawa bini saya?" kata salah seorang daripada empat lelaki yang berada di luar pintu tersebut. Rujuk Borneo Post 5/2/14

Untuk melengkapkan sebuah drama harus ada pelakon sampingan bergitu juga dengan kes ini si 'suami' akan memanggil seorang lelaki yang telah ditetapkan memegang watak sebagai seorang anggota polis maka dengan itu si mangsa semakin gelabah dan menurut apa sahaja kehendak mereka ( trio-scam ).

Akhirnya si mangsa menyerahkan barangan kemas atau apa sahaja barang yang bernilai kepada 'mereka'. Jadi pengajaran disini adalah umpan roti adalah yang cukup mujarab untuk memancing Ikan Lajong.

- Mr.J


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads