Ahad, 4 Mei 2014

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2014 11:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2014 11:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2014 11:14 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2013 11:17 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RM150j bina jambatan Batang <b>Samarahan</b> - The Borneo Post Online

Posted: 09 Nov 2013 09:43 AM PST

Posted on November 10, 2013, Sunday

TEMASYA RAKYAT: Manyin (tiga kanan) ditemani (dari kiri) Ali, Karim, Aidel, Rubiah, Rahman dan Julaihi ketika melancarkan Regata Samarahan 2013, semalam.

ASAJAYA: Perkhidmatan feri yang sudah menabur bakti puluhan tahun di Batang Samarahan, Muara Tuang bakal tinggal sejarah selepas kerajaan meluluskan RM150 juta untuk pembinaan jambatan di situ.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong yang memberitahu peruntukan itu diluluskan oleh kerajaan pusat bagi projek pembinaan jambatan berkenaan dan kini berada di peringkat tender.

"Saya ingin berkongsi berita gembira dengan penduduk di Samarahan ini iaitu kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk pembinaan jambatan di Batang Samarahan ini.

"Jadi kesusahan rakyat di sini yang menggunakan perkhidmatan feri sejak puluhan tahun akan menjadi lebih mudah apabila jambatan itu dijangka siap pada tahun 2016 atau 2017 kelak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Regata Samarahan 2013 mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Tebingan Sungai Kampung Tambirat, Asajaya di sini semalam.

"Inilah hadiah istimewa kepada kita rakyat Sarawak khasnya masyarakat yang tinggal di Samarahan," tambahnya lagi.

Manyin berkata, ia juga sejajar dengan matlamat kerajaan bagi merancakkan lagi pembangunan di kawasan luar bandar untuk keselesaan penduduk di negeri ini.

Selain itu, beliau memberitahu kerajaan juga sedang berusaha mengurangkan jurang perkhidmatan perhubungan komunikasi di kawasan pedalaman.

"Sebab itu, kita menerusi TM (Telekom Malaysia) berusaha memperluaskan jaringan perkhidmatan di setiap kawasan di negeri ini," jelasnya.

Hadir sama Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar dan Menteri Muda Pelaburan dan Promosi Datuk Julaihi Narawi, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan Residen Samarahan Abdul Rahman Sebli Senusi.

Sementara itu, Manyin berkata Regata Samarahan berupaya menjadi produk pelancongan Sarawak jika penganjurannya diperhebatkan.

Selain itu, katanya, kemudahan dan prasarana di sepanjang Tebingan Sungai Kampung Tambirat juga perlu dinaik taraf sebagai tapak tetap.

"Jika kita dapat anjurkan setiap tahun, kita dapat memasukkan Regata Samarahan ini dalam Kalendar Pelancongan Negeri sekali gus menjadi produk pelancongan di kawasan ini.

"Malah, ia akan bertambah lebih baik sekiranya dibina prasarana seperti yang ada di Tebingan Kuching dalam menyediakan kemudahan terbaik," katanya.

Sehubungan itu, katanya, penduduk Samarahan perlu mempersiapkan diri dalam memanfaatkan peluang ekonomi yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar.

"Sekiranya Regata Samara­han ini menjadi acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak sudah pasti ramai pelancong luar datang ke sini nanti.

"Dan apa yang paling pent­ing, ia pastinya membawa peluang menjana pendapatan penduduk sekitar sini. Just­eru kita perlu bersedia meng­hadapinya," katanya.

Tambahnya, ia juga sejajar dengan penyertaan dan minat penduduk di negeri ini dalam sukan air yang semakin men­ingkat saban tahun.

"Regata ini juga dapat memupuk semangat perpad­uan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini dalam usaha kerajaan membangun dan mempromosikan Ba­hagian Samarahan sebagai salah satu destinasi sukan air di Sarawak," ujarnya.

Dalam acara akhir Perahu Bidar 15 Pekayuh (50 tahun ke atas) sempena Ulang Ta­hun Ke-50 Sarawak Merdeka dalam Malaysia semalam, Pasukan Cahaya Zen mer­angkul gelaran juara, mana­kala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Dayang Puteri dan Pelanggi 1550.

Regata Samarahan pada ta­hun ini mendapat sambutan hangat dengan 226 penyer­taan yang menyaksikan pel­bagai aktiviti menarik turut dianjurkan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Oct 2013 11:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kampus <b>Samarahan</b> 2, UiTM <b>Sarawak</b> mula beroperasi <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2013 04:22 PM PDT

Posted on October 1, 2013, Tuesday

SERAH MILIK: Mohamad (tiga kanan) melakukan simbolik penyerahan kunci Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak kepada Abdullah (dua kiri) sambil disaksikan Mahamed (tengah) dan Jamil (dua kanan). — Gambar Mohd Rais Sanusi

SAMARAHAN: Kampus Samarahan 2, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak kini telah memulakan operasi dan dijangka akan menempatkan seramai 4,000 pelajar daripada enam fakulti.

Menurut Timbalan Naib Cancelor UiTM Profesor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, fakulti-fakulti tersebut ialah Sains Gunaan, Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan Awam, Sains, Komputer dan Matematik serta Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

"Kampus Samarahan 2 merupakan tambahan kepada kampus sedia ada dan dijangka mampu menampung sehingga 4,000 pelajar apabila beroperasi sepenuhnya kelak.

"Ini bakal menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang melanjutkan pengajian di UiTM Sarawak adalah seramai 10,000 orang," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak oleh syarikat konsesi Rekajaya Projek Sdn Bhd kepada UiTM di sini, semalam.

Menyempurnakan majlis ialah Pengerusi Rekajaya Projek Sdn Bhd Datuk Mohamad Razali Othman sambil disaksikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Datuk Mahamed Hussain serta Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali.

Sementara itu, Mahamed berharap Kampus Samarahan 2 akan menjadi medan untuk UiTM Sarawak khususnya melahirkan modal insan yang berkualiti untuk negara.

"Kita harus memastikan Destini Anak Bangsa dapat dijayakan dengan baik di Kampus Samarahan 2 ini.

"UiTM Sarawak juga perlu memastikan pengambilan pelajar yang baik kerana kita mahu UiTM terus mengeluarkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Mahamed berkata Kementerian Pendidikan akan terus memperkasakan usaha melahirkan modal insan yang baik di negeri ini apabila telah meluluskan pembinaan UiTM Kampus Mukah.

Katanya kampus tersebut dijangka mampu memuatkan seramai 2,000 pelajar sebaik sahaja ia siap menjelang 2015.

Sementara, Kampus Samarahan 2 telah dibangunkan di bawah konsep Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) di mana pembinaannya bermula pada 1 Oktober 2010.

Ia menelan kos sebanyak RM311 juta dan difahamkan, kerajaan persekutuan akan mula membayar Rekajaya Projek Sdn Bhd pada Oktober ini iaitu dianggarkan sebanyak RM6 juta sebulan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2013 11:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri <b>Sarawak di</b> Kota <b>Samarahan</b>

Posted: 18 Jul 2013 04:54 PM PDT

Posted on July 19, 2013, Friday

KOTA SAMARAHAN: Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan pada 25 Julai di Masjid Al-Muttaqin di sini, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau memberitahu, majlis itu dijangka akan dihadiri lebih 1,800 orang termasuk 300 orang terdiri daripada kalangan tetamu kenamaan.

"Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri ini akan diadakan di bahagian Samarahan pada 25 Julai ini bersamaan 16 Ramadan bermula 5.30 petang di Masjid Al-Muttaqin Samarahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat akhir Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di Pejabat Residen Samarahan di sini semalam.

Daud berkata, majlis itu akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Norkiah serta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

"Tujuan kita mengadakan majlis sambutan ini adalah bagi memperingati peristiwa bersejarah turunnya al-Quran di muka bumi ini.

"Pada masa yang sama kita mahu melahirkan institusi masyarakat yang bersatu padu berteraskan panduan al-Quran," katanya.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa ia juga sebagai platform mendedahkan cabaran semasa umat Islam dalam menjalinkan perpaduan masyarakat setempat dan menggalakkan masyarakat Islam menerokai khazanah Al-Quran.

Malah sempena majlis itu, katanya satu seminar khas turut akan diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan bermula jam 7.30 pagi hingga 1 petang.

"Dalam seminar ini dua sesi akan diadakan di mana sesi pertama bersama Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia bagi membentangkan tajuk 'Membumikan Al-Quran Iktibar Peristiwa Nuzul Al-Quran.

"Manakala sesi kedua pula para peserta akan bersama Mufti Negeri Sarawak Ustaz Kipli Yassin yang membentangkan tajuk Al-Quran Sumber Wasatiyyah," jelasnya.

Justeru, beliau menggesa masyarakat Islam untuk hadir beramai-ramai di Masjid Al-Muttaqin Samarahan bagi memeriahkan sambutan Nuzul Al-Quran nanti.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Residen Samarahan Ismail Mohd Hanis dan tetamu kehormat lain.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Haidel ingin lihat wakil Liga <b>Samarahan</b>- Naim bersaing <b>di</b> final Liga <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2013 09:23 AM PDT

Posted on August 26, 2013, Monday

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Samarahan (PBBS) Haidel Heli mahu melihat wakil dari Liga Samarahan- Naim 2013 bersaing pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang akan berlangsung dari 28 September hingga 6 Oktober depan di Bintulu.

Katanya, Sanjung Etika dan Sambir Bistari berada dalam prestasi kemuncak setelah muncul juara dan naib juara liga yang berakhir bulan lepas.

"Besar harapan saya untuk melihat salah satu dari pasukan yang bersaing dalam Liga Samarahan-Naim bermain pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara nanti.

"Saya tahu cabaran yang dihadapi sangat berat kerana lawan lain adalah hebat-hebat belaka.

Namun, saya percaya kedua-dua pasukan tersebut mempunyai kelebihan serta perancangan tersendiri untuk muncul juara," katanya di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Haidel yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bercadang agar satu perlawanan bola sepak melibat Kuching dan Samarahan diadakan sebelum kempen Piala Sarawak 2014 bermula.

Beliau juga mencadangkan agar perlawanan tersebut diadakan pada waktu malam di Stadium Negeri sebagai sepak mula kejohanan berprestij tersebut.

"Saya akan berbincang dengan FAS mengenai usul ini dan berharap ia dapat dilaksanakan bagi memeriahkan kejohanan Piala Sarawak," katanya.

Sebanyak 12 pasukan yang bakal berentap pada Liga Juara-Juara 2013 adalah Sanjung Etika, Sambir Bistari (Samarahan), SEG FC, Persela FC (Kuching), SAZA United, Nafas (Mukah), AY17, JKR Sri Aman (Sri Aman), 30 Junction, EG Galaxy (Betong) Rezadi FC dan AZ United (Sarikei).

Johan baka l me r a i h RM30,000 berserta piala iringan dan pusingan manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM20,000 dan RM10,000.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads