Sabtu, 3 Mei 2014

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


KRT Kuala <b>Matu</b> Hilir laksana rondaan SRS bersama Abu Seman <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 02:50 PM PDT

MUKAH: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuala Matu Hilir telah melaksanakan rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng Abu Seman Jahwie malam kelmarin.

Rondaan SRS ini bagi menjaga keamanan, keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan kampung yang dijalankan sempena berlangsungnya satu majlis perkahwinan di kampung tersebut.

Setiausaha Politik Ketua Menteri itu juga melahirkan rasa puas hati dengan skuad peronda SRS Kampung Kuala Matu Hilir kerana mempunyai dua pasukan, yang bergilir-gilir membuat rondaan malam pada setiap minggu.

Rondaan SRS itu katanya, telah membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah di kampung hingga mencapai sifar jenayah dan menampakkan penyertaan dan sambutan yang sangat menggalakkan daripada golongan belia muda.

Beliau juga berharap tenaga skuad peronda SRS dan belia-belia lain di kampung dapat digunakan bagi menubuhkan Skuad Bomba Sukarela di kawasan Kuala Matu bagi memadamkan kebakaran yang sering berlaku.

Ini kerana katanya, balai bomba yang paling dekat berada di Mukah dan terpaksa menggunakan feri bagi menyeberangi Sungai Igan sekiranya berlaku kebakaran di Matu dan Daro.

Turut serta dalam rondaan SRS tersebut ialah Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Mukah Mazura Mohd Aup yang berharap agar lebih banyak KRT di kawasan Matu dan Daro dapat menubuhkan skuad peronda SRS di kampung masing-masing.

Penduduk kampung yang berminat dan ingin menubuhkan KRT dan SRS boleh datang ke Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Mukah di Tingkat 2, Wisma Persekutuan Mukah, Jalan Mukah/Balingian atau menghubungi talian 084-874922/874933 atau faks 084-874944.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads