ads

Sabtu, 3 Mei 2014

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Lubuk yang jadi nama pekan <b>Lubok Antu</b> terbiar – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2014 09:36 AM PDT

BERHANTU?: Barang menunjukkan lokasi lubuk yang dikatakan berhantu.

LUBOK ANTU: Lubuk yang dikatakan berhantu, terletak berdekatan Klinik Desa Daerah Lubok Antu, Sri Aman bukan sahaja mempunyai misterinya tersendiri malah dari situ juga nama pekan Lubok Antu mendapat nama sehingga kini.

Namun, apa yang menyedihkan lubok misteri itu tidak dipelihara dengan baik dan kini dilitupi berlukar.

Salah seorang penduduk, Barang Manjah berkata menurut cerita orang tua, nama Lubok Antu wujud kerana di kawasan hulu Batang Ai sering berlaku peperangan di kalangan masyarakat Iban.

"Lantaran itu, mayat-mayat orang yang terlibat dalam peperangan itu dibuang atau kemungkinan terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan aliran deras sungai Batang Ai," katanya.

Menurut Barang, mayatmayat yang hanyut itu terkumpul di Lubok, hilir Batang Ai.

Beliau berkata mayat-mayat berkenaan telah tersekat dan tersadai di lubok berkenaan tanpa sesiapa pun yang berani menguruskannya.

"Kerana itu, penduduk tempatan beranggapan bahawa lubuk itu menjadi 'berhantu', maka lahirlah nama Lubok Antu yang mengambil sempena nama lubuk tempat mayat-mayat dari hulu Batang Ai tersadai di situ," katanya di sini semalam.

Namun, kini lubuk yang dianggap berhantu dan berpuaka itu hanyalah tinggal nama dan menjadi persoalan kepada sesiapa sahaja yang baharu mendengar nama Lubok Antu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved