Khamis, 24 April 2014

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


azmin ali tidak dapat bezakan pembangunan <b>negeri sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2014 05:54 PM PDT

Semua ini kerana kempen jawatan Timbalan Presiden PKR sehingga sanggup menolak realiti pembangunan sebenar di Sarawak dengan membandingkan keluasan 12 buah negeri di Semenanjung.
Azmin Ali yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR berada di Kuching dalam rangka lawatan kempen ke Sarawak bersempena Pemilihan PKR 2014.
"Kami cintakan negara kita terutama Sarawak yang kaya dengan hasil balak dan galian, jadi kami ingin memastikan ini semua diberi balik kepada rakyat berdasarkan agihan yang adil," katanya pada sidang media.
Atas sebab itu, Azmin Ali sanggup menidakkan apa yang telah dilakukan kerajaan BN di Sarawak selama ini dalam membangunakan Sarawak yang hampir seluas Semenanjung dengan hanya sebuah kerajaan berbanding Semenanjung yang ada 12 negeri.
Dengan perbandingan ini adalah sangat tidak adil bagi kenyataan Azmin yang seharusnya membandingkan negeri-negeri di Semenanjung khususnya Kelantan dan Pulau Pinang.
PKR mungkin boleh berbangga dengan Selangor biarpun mereka mengambilalih pemerintahan Selangor yang telah maju sehingga rakyatnya terpaksa mengangkat air menggunakan baldi hanya disebabkan catuan.
Namun, semasa pemerintahan PKR dan Pakatan Pembangkang, Selangor tidak habis-habis dilanda musibah sehingga telah menjejaskan kualiti dan kebajikan rakyat.

Itulah pembangkang yang tidak dapat menerima realiti sebenar apa yang berlaku hari ini sebaliknya masih bermain dengan fantasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads