ads

Khamis, 24 April 2014

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


gadis putus tangan dalam kemalangan ngeri <b>di kuching sarawak</b>.

Posted: 23 Feb 2014 08:19 PM PST











Seorang gadis berusia 18-tahun telah putus tangan kanannya dalam satu kemalangan ngeri di Bandaraya Kuching petang semalam.
Difahamkan kemalangan berlaku lebih kurang 12.15pm di Flyover Simpang Tiga, dari arah Jln Tun Jugah menuju ke Pusat Bandaraya yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat rodayang dipercayai hilang kawalannya.

Kenderaan tersebut dinaiki oleh empat orang penumpang termasuk pemandunya.

Mangsa yang menumpang dibahagian belakang hilux tersebut cedera parah apabila tangan kanannya putus pada sebelah lengan sementara yang lain hanya cedera ringan.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan di percayai berpunca daripada kecuaian pemandu yang disyaki gagal mengawal kenderaannya hingga trbabas melanggar besi pembahagi masuk ke laluan bertentangan dan terbalik ketika melalui selekoh.

Tangan mangsa ditemui lekat pada pembahagi jalan dan difahamkan juga pihak hospital sedang berusaha menyambung kembali tangan mangsa tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved