ads

Selasa, 29 April 2014

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Shahidan serah bantuan ihsan banjir <b>di Marudi</b> esok – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2014 09:01 AM PDT

MARUDI: Menteri di Jabatan Perdana  Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengetuai tiga wakil rakyat di Baram menyerahkan bantuan ihsan kepada mangsa banjir yang berlaku tahun lalu di Daerah Marudi pada Sabtu ini, mulai jam 2 petang.

Majlis penyerahan bantuan tersebut akan diadakan di Dewan Suarah Baram dan menteri berkenaan dijangka tiba di Dewan Suarah pada jam 2.30 petang.

Sehubungan itu, pihak berkuasa berkaitan meminta para penerima atau mangsa banjir yang sudah dimaklumkan supaya datang lebih awal ke Dewan Suarah Baram bagi mengelak kesukaran kelak.

Sementara itu, tiga wakil rakyat yang akan mengiringi Shahidan pada majlis tersebut kelak ialah Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) merangkap Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran, Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau dan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau.

Meskipun majlis penyerahan bantuan tersebut dirasmikan oleh Shahidan pada Sabtu ini, namun penyerahan bantuan akan diiteruskan dari 27 hingga 30 April ini di Pejabat Daerah Marudi.

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved