Ahad, 23 Mac 2014

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Kempen &#39;Go Bald&#39; akan diadakan <b>di</b> beberapa tempat <b>di negeri</b> ini <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 08:03 AM PST

MIRI: Berikutan kejayaan berterusan Kempen Membotakkan Kepala atau 'Go Bald' beberapa tahun ini, Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Negeri Sarawak (SCCS) sekali lagi akan menganjurkan kempen yang sama di beberapa tempat di negeri ini pada bulan Mei akan datang.

Pengerusi SCCS Cawangan Miri Jocelyn Hee memberitahu, kempen berkenaan yang akan berlangsung di Miri akan diadakan di Bintang Megamall Miri pada 25 Mei 2014.

"Bagi 'Go Bald' kali ini, kami menyasarkan sejumlah 500 penyertaan warga Miri bagi menjayakannya.

"Selain Miri, kempen yang sama turut akan diadakan di sekitar Sarawak bermula di Kuching di CityOne Shopping Mall pada 4 Mei, seterusnya di Sibu (Delta Mall) pada 11 Mei dan Bintulu (Parkcity Mall) pada 18 Mei.

"Untuk kesemua kempen berkenaan, SCCS menyasarkan kutipan sejumlah RM1.5 juta," jelasnya pada sidang media yang diadakan di sini petang semalam.

Menurut Hee, kempen terbabit bertujuan menunjukkan sokongan terhadap perjuangan kanak-kanak yang menghidap kanser di negeri ini dan sekali gus mengumpul dana bagi membantu mereka.

Sehubungan itu katanya, melalui sebahagian kutipan dana itu nanti, ia diharap turut mampu membantu membuka sebuah pusat SCCS atau 'rumah transit' di Miri bagi membolehkan pesakit serta keluarga yang berada di luar kawasan Miri untuk menumpang se- mentara menunggu proses perubatan yang dijalankan oleh pesakit kanser.

"Ia akan memberi lebih keselesaan kepada pesakit serta keluarga sekiranya ada tempat untuk singgah berbanding terpaksa bermalam di hospital.

"Selain menyokong dan membantu golongan terbabit, 'Go Bald' ini turut mewujudkan serta meningkatkan kese daran masyarakat setempat tentang penyakit kanser yang dihadapi kanak-kanak," ujarnya.

Jelas Hee, pendaftaran penyertaan dan kad kutipan kempen kini mula diedarkan di sini dan sokongan daripada masyarakat setempat amat digalakkan bagi memberikan semangat kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser.

Katanya, jerayawara Go Bald di Miri akan diadakan di Bintang Megamall Miri pada setiap Sabtu dan Ahad jam 12 tengah hari hingga 9 malam yang akan bermula pada 29 Mac ini hingga 24 Mei depan.

Untuk keterangan lebih lanjut berhubung kempen berkenaan, mereka yang berminat boleh menghubungi Jocelyn di talian 019-8841161 atau boleh melayari laman sesawang di www.gobald.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads