ads

Sabtu, 22 Mac 2014

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 12:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Perkhidmatan jalur lebar <b>di Lawas</b> mendukacitakan – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2014 01:40 PM PST

by Mastura Ismail. Posted on February 18, 2014, Tuesday

Maklumat gagal disalur pantas khususnya di daerah utara

LAWAS: Rata-rata penduduk termasuk pengamal media tempatan di sini melahirkan kekesalan dengan perkhidmatan jalur lebar yang disifatkan amat mendukacitakan di daerah ini sejak akhir-akhir ini.

Seorang pengamal media tempatan Adeng Idrus, berkata masalah tersebut menyebabkan maklumat tidak dapat disalurkan dengan cepat dan pantas khususnya di daerah paling utara negeri ini.

"Perkhidmatan jalur lebar di sini memang amat mendukacitakan meskipun kita tahu perkhidmatan jalur lebar amat penting dalam kehidupan seharian.

"Akibat masalah itu saya juga tidak dapat menghantar berita ke Kuching dan terpaksa berulang-alik ke bandar Lawas khususnya ketika membuat liputan dan tugasan di luar daerah di sini," katanya di sini semalam.

Adeng menjelaskan lagi bahawa masalah berkenaan tidak selari dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar penebusan jalur lebar bagi membolehkan sumber maklumat dan capaian data dilakukan melalui sistem dalam talian di seluruh kawasan negeri ini.

Beliau berkata prestasi talian yang tidak konsisten sejak lebih sebulan lalu ternyata memberi impak kepada golongan peniaga yang melakukan urus niaga menggunakan perkhidmatan internet.

Turut terjejas katanya termasuk sektor perkhidmatan awam dan perbankan akibat mutu perkhidmatan talian internet yang tidak stabil malahan semakin lemah.

"Paling mendukacitakan ialah penduduk di kawasan perumahan dan penempatan semula di Banting, Lawas yang cuma terletak tidak sampai satu kilometer dari kawasan bandar turut mengalami masalah talian internet yang lemah dan sukar diakses," dedahnya.

Beliau berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) dapat membantu rakyat di daerah Lawas dan Limbang dalam meningkatkan mutu perkhidmatan internet sebagai satu kemudahan penting dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini.

Katanya, ramai juga yang telah menamatkan perkhidmatan dengan syarikat pembekal telekomunikasi kerana segala iklan untuk promosi adalah umpama umpan yang merobek poket pengguna di daerah ini untuk membayar satu nilai perkhidmatan yang sebenarnya sekadar indah khabar daripada berita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved