Isnin, 27 Januari 2014

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di sarikei sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 09:03 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Beberapa kawasan <b>di Sarikei</b> dinaiki air - The Borneo Post Online

Posted: 08 Dec 2013 12:18 PM PST

SARIKEI: Pertembungan air pasang besar serta faktor hujan yang kerap serta lebat di kawasan Sungai Rajang sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa tempat rendah di bandar Sarikei dinaiki air, malam kelmarin.

Sungguhpun kejadian ini tidak mendatang musibah teruk kepada pemilik premis di sini, namun ia cukup membuatkan sesetengah pemilik premis perniagaan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Peniaga, Ling Hung Chew, 56, berkata, jika dibandingkan dengan kejadian serupa pada tahun lala bulan yang sama, kejadian pada kali ini tidaklah teruk sangat.

"Namun, jika dibandingkan kadar kerugian yang ditanggung saya sendiri berikutan kejadian pada kali ini berbanding pada tahun lalu, tahun ini lebih besar.

"Ini kerana, tahun lalu saya sedar akan masalah ini akan berlaku dan menyebabkan saya bersedia menghadapinya dengan menyusun serta meletakkan barangan yang mudah rosak apabila terkena air di tempat lebih tinggi dan selamat.

"Tetapi, pada tahun ini saya lalai sedikit dan saya mengetahui kejadian berlaku apabila salah seorang daripada kenalan memberitahu bahawa kedai saya telah dinaiki air," katanya  ditemui sewaktu membersihkan sisa-sisa lumpur akibat banjir di kedainya, semalam.

Tambahnya, kejadian banjir pada malam kelmarin berlaku sekitar jam 9 malam dan antara barangan di kedainya yang rosak dan terjejas seperti beberapa kampit beras, produk makanan ternakan, tepung serta beberapa barangan lain.

Dalam kejadian tersebut, beberapa kawasan yang dinaiki air berikutan limpahan air beberapa parit utama di sekitar bandar adalah seperti di Jalan Wharf, Jalan Repok serta Jalan Bank.

Beberapa tempat rendah, paras air naik hingga ke paras lutut, khususnya berhampiran parit utama di Tebingan Rajang.

Sementara itu, bagi seorang peniaga lain yang hanya dikenali Ah Seng, 43, berkata, ramai peniaga di sekitar bandar ini tidak sedar kejadian itu berlaku.

"Ini kerana, kadar peratusan hujan turun di sini tidaklah seteruk mana, berbanding tahun lalu. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh jumlah hujan yang turun di bahagian Hulu Sungai Rajang agak lebat sejak beberapa hari lalu.

"Maka dengan faktor ini ramai masyarakat tidak peka dengan masalah berlaku. Namun, begitu kita bersyukur kejadian tidak berlaku pada lewat malam," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Jumlah kes denggi <b>di Sarawak</b> menurun kecuali Sibu, <b>Sarikei</b> <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 09:00 AM PST

KUCHING: Jumlah kes denggi di Sarawak dilaporkan menurun di kebanyakan tempat kecuali Sibu dan Sarikei yang masih mencatatkan peningkatan.

Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata, berdasarkan statistik semasa sebanyak 26 kes dicatatkan pada minggu ke-48, manakala 32 kes bagi minggu 47.

Bagaimanapun, menurutnya, untuk mengatasi jangkitan wabak itu, masyarakat perlu kembali kepada pendekatan mencegah secara asas termasuk penjagaan kesihatan diri dan persekitaran kediaman.

"Situasi denggi di kebanyakan tempat di negeri ini menurun kecuali Sibu dan Sarikei.

"Saya berharap orang ramai dapat mengamalkan pencegahan asas termasuk membersihkan kawasan kediaman masing-masing terutama takungan air," katanya ketika diminta mengulas situasi terkini denggi di Sarawak, semalam.

Pada masa sama, Dr Jerip menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengambil pelbagai pendekatan untuk mengekang penularan wabak itu.

"PBT perlu guna pelbagai cara untuk mengekang wabak ini termasuk kerap melakukan pembersihan takungan air yang menjadi lokasi nyamuk aedes membiak," ujarnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Dato Sri Wong Soon Koh pada persidangan Dewan Undangan Negeri (ADUN) bulan lepas memberitahu, sejumlah 1,145 kes dicatatkan dari Januari hingga November, berbanding 1,217 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sebanyak 72,512 premis turut diperiksa sehingga Oktober tahun ini, manakala 170 kompaun dan 459 amaran di-keluarkan kepada isi rumah yang didapati mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads