ads

Isnin, 27 Januari 2014

11 di matu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Penduduk tinggal <b>di</b> kawasan rendah <b>di Matu</b> dinasihati terus <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2014 02:00 PM PST

SIBU: Penduduk kampung yang tinggal di kawasankawasan rendah di daerah Matu dinasihati terus berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan semasa menghadapi gelombang kedua banjir seperti yang diramalkan sebelum ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie, berdasarkan ramalan, kejadian banjir dijangka berlaku semasa sambutan Tahun Baharu Cina ini.

"Pemimpin masyarakat telah diberi taklimat dan diminta untuk memantau keadaan dengan teliti.

"Mereka perlu melaporkan mana-mana rumah yang terjejas akibat banjir kepada Jabatan Kebajikan atau Pejabat Daerah untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, semalam.

Abu Seman yang juga merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri memberitahu, pada minggu lepas semua jalan menuju ke kampung- kampung di Matu telah ditenggelami air.

"Keadaan tersebut kini terkawal dan tidak ada pemindahan penduduk di daerah Matu setakat ini. Kami sedang memantau keadaan dengan teliti dari semasa ke semasa," tegasnya.

Dalam pada itu, Abu Seman turut melawat kampungkampung terjejas yang berkenaan pada minggu lepas.

Bagaimanapun katanya, Kampung Alud, Kampung Kuda dan Kampung Pergau tidak terjejas oleh banjir.

Beliau mencadangkan agar pihak berkuasa berkaitan membersihkan longkang berhampiran jalan utama.

"Rakyat juga diingatkan supaya tidak membuang sampah ke dalam sungai kerana ini boleh menjejaskan aliran air," tegasnya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved