Ahad, 29 Disember 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di sri aman sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Dec 2013 01:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Beregu JPJ Betong ungguli badminton tertutup <b>di Sri Aman</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2013 02:37 PM PST

TAHNIAH: Abang Mohd Hashim (kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

SRI AMAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Sri Aman dan Betong menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup di Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman semalam.

Bagi kategori regu lelaki, johan disandang beregu Mastuti Jais dan Maradona Bidun dari JPJ Betong manakala naib johan dimenangi beregu, Mohd Nazry Abang Tamizi dan Mohd Rashidy Tarmimi dari JPJ Sri Aman.

Tempat ketiga diraih beregu, Hudson Anthony dan Ahmad Faieq Alimuda dari JPJ Betong.

Sementara itu bagi kategori wanita, tempat pertama disandang beregu, Julia Julaihi dan Rohany Jimbun dari JPJ Sri Aman manakala tempat kedua dimenangi beregu, Noraina Suhai dan Jane Esther Edward dan ketiga diraih beregu, Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan bersama oleh Timbalan Ketua Cawangan JPJ Sri Aman, Juti Dunggau dan Ketua Cawangan JPJ Betong, Abang Mohd Hashim.

Johan, naib johan dan ketiga membawa pulang hadiah berupa piala, pingat serta sijil penyertaan manakala pemenang sagu hati turut membawa pulang sijil penyertaan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Padang golf dirancang <b>di Sri Aman</b> - The Borneo Post Online

Posted: 19 Oct 2013 10:19 AM PDT

TANDA INGATAN: Harden (tiga kanan) menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari pada perasmian Pesta Benak Sri Aman 2013, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) ialah Snowdan, Dr Rayong, Masir dan Johnathan.

SRI AMAN: Kementerian Pelancongan merancang untuk mewujudkan sebuah padang golf dan jeti apungan bagi memacu ekopelancongan di Sri Aman di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan padang golf berkapasiti 18 lubang terbabit untuk kegunaan pelancong sebelum mereka menyusuri Sungai Batang Lupar.

Justeru, turut dirancang ialah jeti apungan untuk membolehkan pelancong meninjau habitat buaya di Sungai Batang Lupar dengan menggunakan bot, ujarnya.

"Dua pelan itu adalah usaha kerajaan untuk membolehkan para pelancong asing terutama dari China, Korea dan Jepun untuk memanfaatkan kemudahan ekopelancongan sebelum meninjau fenomena benak di sini," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2013 di sini, semalam.

Abang Johari berkata, kementerian menerusi pelan itu juga bercadang menghubungkan kawasan Batang Ai, Bakun dan Murum dengan pengangkutan feri udara.

"Tujuannya bagi membolehkan para pelancong melawat kesemua kawasan flora dan fauna di tiga kawasan terbabit menerusi feri udara," jelasnya.

Mengulas mengenai pesta tersebut, Abang Johari berkata fenomena benak di Sungai Batang Lupar merupakan ikon pelancongan yang mampu meningkatkan kedatangan pelancong.

"Ia perlu dipromosikan dan dipasarkan sebagai satu pakej pelancongan yang menarik di mata dunia," katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dalam ucapannya berkata, usaha berterusan untuk mempromosikan benak di Sungai Batang Lupar diharap dapat mempopularkan Sri Aman sebagai Bandar Benak Malaysia.

"Ternyata benak Sungai Batang Lupar merupakan antara kejadian ajaib dunia.

Ia merupakan yang keempat terbesar di dunia dan semakin mendapat perhatian pelancong antarabangsa.

"Kehadiran peluncur antarabangsa ke pesta tahun ini juga satu cara untuk mempromosikan Pesta Benak Sri Aman melalui bahan cetakan, media massa dan laman sesawang," jelasnya.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan dan Residen Sri Aman Johnathan Lugoh.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

<b>Sarawak&#39;s</b> first &#39;Kompleks Penyayang&#39; in <b>Sri Aman</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2013 03:20 PM PST

SIBU: The first integrated complex in Sarawak sited in Sri Aman is expected to be launched next year, disclosed Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Speaking at a press conference here yesterday, she said the model complex in the state would house the offices of Welfare Department, children and elderly activity centres, child care centre and community-based rehabilitation centres (PDK).

She pointed out that the complex only catered for day activities and not stay-ins.

Rohani, who is Batang Lupar MP, added the facility would create convenience as all was under one roof.

"So now, people can send their elderly parents or toddlers there, if nobody is looking after them during daytime. They need not go to separate centres.

"The complex located in Sri Jaya, Sri Aman, is strategic and easily accessible besides having a conducive environment, equipped with a garden.

"On top of that, it facilitates our supervision. This is the first in Sarawak and I would like that to be our good model," Rohani said.

Among others, they planned to have conferences, seminars and meeting rooms there, she added.

The NGOs, she said, could even utilise the meeting room.

They also welcomed NGOs setting up temporary office since there would be ample space available, she noted.

According to Rohani, they had the funding to acquire a building to be converted into the integrated complex.

Asked if there was a specific name for the complex, she noted in other places in the peninsula, they are called "Kompleks Penyayang".

Earlier, Sibu Welfare Department's assistant director Mohd Guntor briefed the minister on their scope of work and flood preparations.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads