11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy <b>Di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> (1) Posted: 26 Dec 2013 05:51 AM PST Setelah sekian lama tidak mengadakan kursus di Kuching, akhirnya pada 18 Disember, saya dan suami, berpeluang mengendalikan Kursus Asas Bacalah Anakku & Readeasy di sana hanya kerana kegigihan beberapa orang guru yang diketuai oleh Pn Sharifah Suharni bersusah payah menganjurkan kursus ini. Kami cukup terharu kerana kebanyakan peserta yang terdiri daripada guru pra dan pemulihan sekolah rendah kerajaan membayar yuran kursus dengan duit mereka sendiri.Bahkan ada juga yang datang dari Miri, Sri Aman dan Bintulu melalui pesawat. Dalam suasana semua harga barang naik, mereka ini tidak lokek mengeluarkan duit. Semua disebabkan semangat dan rasa tanggung jawab yang tinggi untuk membantu anak didik mereka. Semoga Allah memberkati hidup mereka. Lain-lain peserta terdiri daripada guru-guru tadika swasta dan 2 orang ibu murid pemulihan. Peserta pada hari tersebut banyak bertanyakan soalan. 1. Senang ke nak ajar kanak-kanak 3 tahun bunyi? Senang gilak. Ajar melalui lagu aksi Abu Ada Ayam dan/atau teknik asosiasi aksi. Lagi pun bunyi- bunyi yang diajar /a, i, u, n, b, m / adalah di antara bunyi awal yang dikeluarkan bayi. 2. Nak ajar huruf besar atau huruf kecil dahulu? Ajar huruf kecil dahulu kerana kebanyakan teks ditulis menggunakan huruf kecil. Huruf besar hanya digunakan untuk permulaan ayat dan nama khas. Terutama sekiranya anda mengajar anak kecil dan murid pemulihan yang cepat lupa. Sebab itulah semua teks di dalam Buku 1-5 Bacalah Anakku dan Books 1-6 Readeasy ditulis dengan huruf kecil. Huruf besar diperkenalkan di dalam buku 6-8 Bacalah Anakku dan 7-8 Readeasy. 3. Macamana nak kenal nama pelajar kalau belum pandai membaca? Ajar mereka mengenal melalui kaedah pandang sebut ( look and Say) dahulu. Di tadika saya, guru2 menyediakan kad nama. Setiap hari pelajar akan mengambil kad nama untuk memudah mereka menyalin / menulis nama di lembaran aktiviti. Tulis nama mereka menggunakan huruf besar di awal nama sahaja, sebagai contoh Ainun Solehah. 4. Berapa lama nak ajar 1 bunyi? Bergantung kepada umur atau tahap masalah keperluan spesifik dan masa BM atau BI yang diperuntukkan di sekolah. Guru perlu tentukan target pencapaian. Untuk guru pemulihan sekolah rendah tentu sekali target pencapaian adalah tamat buku 8 Bacalah Anakku. Daripada pengalaman guru-guru yang telah berjaya menggunakan Bacalah Anakku dan / atau Readeasy Beginner untuk pelajar pemulihan, pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis di antara 2 hingga 6 bulan. Sila rujuk Buku Rancangan Mengajar Bacalah Anakku. Klik di sini untuk membeli. Cadangan saya untuk guru-guru, pastikan pelajar pemulihan betul-betul faham konsep gabung bunyi. Luangkan lebih masa mengajar buku 1 dan 2 walaupun nampak mudah. Perbanyakkan aktiviti pelbagai deria untuk mengenal bunyi dan Lihat dan Buat, Dengar dan Buat untuk menggabung bunyi. |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan