ads

Selasa, 31 Disember 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Dec 2013 03:34 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Dec 2013 03:24 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bank Rakyat Kota <b>Padawan</b> menjamu pelanggan dengan buah <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2013 11:20 AM PST

KUCHING: Bank Rakyat Kota Padawan mengadakan Majlis Makan Durian di pekarangan cawangannya sempena ulang tahun kedua pembukaan cawangannya di sini semalam.

Lebih 300 buah durian 'Raja Jarum' yang popular dari Pasir Pandak dan Kampung Taee dibawa seawal jam 7 pagi semalam untuk dihidangkan kepada jemputan.

Selain itu, 300 kilogram (kg) langsat, 100 biji terap dan lebih 300kg rambutan turut dihidangkan untuk pelanggan setia Bank Rakyat.

Seorang bayi berumur satu tahun lapan bulan, Anson Chong dan kakaknya Alicia Chong, 4  turut menikmati hidangan buah durian yang juga diberi nama jolokan raja buah.

Kedua-dua kanak-kanak ini ditemani ibu, Lim Teek Khim, 33, dan bapanya Chong Chze Tien, 38, bersama nenek yang enggan namanya disiarkan.

Sementara itu Sharifah Fatimah Said Alwi, 52, ditemani ahli keluarganya memberitahu wartawan bahawa durian sentiasa menjadi buah kegemaran nombor satunya.

"Memang menjadi kegemaran kerana ia berbuah sekali setahun sehinggakan menjadikan buah itu sebagai pendapatan sampingan buatnya.

"Bapa saya mempunyai kebun durian dengan 40 batang pokok durian di kampung halaman saya di Sibu dan kami enam adik-beradik memang sukakan buahnya," tambahnya.

Bagi Kerineak Gadep, 56, berkata buah durian merupakan petua untuknya kekal awet muda.

Pada majlis itu, Ketua Bank Rakyat Wilayah Sarawak Azman Abdul Aziz berkata pihaknya menghargai sokongan pelanggan dan rakan media yang sentiasa memberi liputan terhadap aktiviti Bank Rakyat di seluruh negara terutama di Sarawak.

Ia bertujuan menjalin serta merapatkan jalinan silaturahim Bank Rakyat Padawan dengan pelanggan, komuniti setempat dan rakan media.

Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Padawan Sharvina Sarbini turut berkata Bank Rakyat baru-baru ini telah melancarkan Pembiayaan Peribadi-i Aslah Rakan Pintar dan Kad ATM Rakan Pintar kepada semua kakitangan awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

"Keistimewaan produk ini ialah mendapat kemudahan 'Premium Banking', kadar Keuntungan Pembiayaan Peribadi-l lebih rendah dan diskaun 50 peratus daripada caj yang dikenakan bagi transaksi MEPS dan Tabung Haji.

Bank Rakyat masih menggiatkan pasaran produk Ar Rahnu (Pajak Gadai), Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Kenderaan yang menawarkan kadar yang rendah bagi membantu pelanggan untuk mengurangkan kos tanggungan bantuan," katanya.

Selain menawarkan produk Pembiayaan Peribadi-i kepada kakitangan awam, Bank Rakyat juga menawarkan Pembiayaan Peribadi kepada kakitangan bukan kerajaan atau swasta dengan ansuran yang rendah.

Turut hadir Eksekutif Bank Rakyat Kota Padawan Hipni Ibrahim dan Pengerusi MPP Lo Khere Chiang.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved