ads

Selasa, 31 Disember 2013

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 11:56 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kemunculan buaya <b>di</b> Sungai Kuala <b>Lawas</b> bimbangkan penduduk <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 11:22 AM PST

CETUS KEBIMBANGAN: Kemunculan buaya berhampiran Pangkalan Feri Kuala Lawas yang membimbangkan penduduk dan masyarakat sekitarnya.

LIMBANG: Kemunculan seekor buaya berukuran tiga meter panjang berhampiran Pangkalan Feri Kuala Lawas baru-baru ini menggemparkan penduduk dan pengguna feri tersebut.

Menurut seorang penduduk Kuala Lawas, buaya berkenaan yang tidak diketahui jantinanya dilihat sering muncul di tebing Sungai Kuala Lawas dan menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan penduduk kampung dan orang ramai.

Katanya, sebelum ini bangkai seekor buaya turut dilihat timbul di kawasan yang sama sehingga menimbulkan tanya-tanya dalam kalangan penduduk.

"Kemunculan buaya sememangnya membimbangkan kita yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan bergantung kepada hasil tangkapan ikan," ujarnya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, terdapat kes seorang lelaki hampir dibaham buaya ketika sedang memancing ikan berhampiran pangkalan feri terbabit pada tahun ini.

"Mangsa yang bukan berasal dari Kuala Lawas bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri daripada dibaham buaya berkenaan," katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai khasnya penduduk sekitar agar lebih berhati-hati dengan mengelak daripada mandi di sungai berikutan kemunculan buaya yang semakin kerap sejak kebelakangan ini.

"Walaupun Sungai Kuala Lawas merupakan tempat kami 'begalau' (mandi) suatu ketika dahulu iaitu sekitar tahun 80-an dan 90-an, namun keadaan sudah berbeza sekarang," jelasnya.

Pada masa sama, katanya, penduduk kampung terbabit mahu pihak berwajib agar menjalankan pemantauan terhadap buaya di sungai terbabit sebelum perkara buruk berlaku.

"Kita harap pihak terbabit dapat mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelak perkara tidak diingini, termasuk memasang papan tanda ataupun mengambil langkah alternatif lain," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved