Sabtu, 14 Disember 2013

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


destinasi pelancongan menarik <b>di miri sarawak</b> - al masyhur <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2013 01:19 AM PST

Terletak tidak jauh daripada tengah bandaraya Miri, taman yang mempunyai rekabentuk lanskap menarik ini sangat sesuai dijadikan tempat riadah bersama keluarga atau dijadikan tempat senaman ringan. Taman Awam Miri ini juga terdapat taman botanikal, menara peninjau, jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak, astaka dan gerai makanan.
San Ching Tian Taoist Temple
Kuil Tao ini adalah merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan Krokop (lebih kurang 10 minit perjalan dari tengah bandar), Kuil Tian Tao Ching San telah dibuka pada tahun 2000 dan dijaga oleh imam Tao. 
Tua Pek Kong Chinese Temple
Merupakan ikon penting bagi sejarah awal Miri, ini adalah tokong yang tertua di Bandaraya Miri. Terletak di seksyen "Old Town" di bandar Miri (di persimpangan jalan China Street dan Jalan Bendahara), Tua Pek Kong Chinese Temple pada asalnya dibina pada tahun 1913 oleh pendatang Cina yang kemudian bekerja di industri minyak Miri yang baru ditubuhkan pada ketika itu. 

Tempat yang sempurna untuk berjalan-jalan, berehat atau sekadar duduk pada waktu petang di taman ini yang telah memenangi anugerah kebangsaan taman awam City Fan yang terletak di tengah-tengah Bandar Raya - taman yang kompleks dan berlanskap elegan, mempunyai taman-taman tema dan amfiteater terbuka. Disini anda juga boleh menyemak karya seni tempatan Sarawak di Perpustakaan Miri (Pustaka Miri) yang terletak di sebelah kanan.
Bukit Kanada merupakan kawasan yang baik untuk memerhatikan keseluruhan Bandaraya Miri dan persisiran pantai dari pandangan atas. Anda juga boleh melihat telaga minyak yang pertama di Malaysia - "Grand Old Lady" - dan melawat Muzium Sains Petroleum yang betul-betul terletak di puncak bukit.
Hanya 15 minit dari pusat Bandar Raya, ini adalah tempat yang hebat untuk anda barbeku bersama keluarga, berkelah di tepi pantai dan bersiar-siar santai di sekitar pantai. Terdapat banyak ruang letak kereta dan gerai-gerai minuman sejuk biasanya disediakan. Anda juga boleh pergi ke Luak Bay Esplanade dengan menaiki bas.
Taman Negara Loagan Bunut
"Tasik mengecil" ​ini diberi nama sebagai Loagan Bunut. Semasa musim kemarau (Februari hingga Jun), anda boleh berjalan memlalui lumpur kering di tasik ini yang juga merupakan tempat yang popular untuk melihat burung. Disini anda akan dapat melihat perubahan kegiatan kehidupan liar mengikut musim berlalu. Untuk menuju ke Taman Negara Loagan Bunut ini, biasanya mengambil masa kira-kira 3 jam dan sangat sesuai jika anda menggunakan kenderaan pacuan empat roda. 
Jika anda bercadang untuk tinggal lebih lama di Miri, lebih elok sekiranya anda melawat tapak warisan dunia yang ssangat bernilai ini. Ia terkenal dengan kompleks gua yang mengagumkan, biodiversiti dan keindahan seluruh taman yang indah - yang juga termasuk puncak batu dan Skywalk Kanopi (terpanjang di dunia dan yang pertama menggunakan struktur berasaskan pokok). Taman Negara Gunung Mulu hanya memerlukan 25 minit penerbangan  dari Bandaraya Miri; penerbangan biasanya boleh didapati dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri.


Taman Negara Bukit Lambir
Jika anda berasa inginkan cabaran, adalah sesuai sekiranya anda ke sini dan berjalan di trek berjalan kaki dan serta mempunyai air terjun yang sejuk dalam salah satu hutan hujan di dunia yang biodiversiti. Hanya 30 minit pemanduan dari Pusat Bandar, Taman Negara Bukit Lambir. Disediakan tapak perkhemahan dan chalet sekiranya ingin bermalam (Bas Awam yang menuju ke Batu Niah dan Bintulu juga mudah di dapati yang melalui pintu depan Bukit Lambir).
Merupakan tempat penting dalam sejarah tamadun manusia. Hanya 1 1/2 jam pemanduan dari bandar Miri, Taman Negara Niah merupakan salah satu tapak pra-sejarah yang paling penting di Asia Tenggara. Gua Niah mengandungi beberapa artifak purba dan lukisan batu yang dilukiskan pada dinding gua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads