Rabu, 25 Disember 2013

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


<b>Limbang</b> &#39;lubuk&#39; pemain berkaliber - The Borneo Post Online

Posted: 23 Dec 2013 02:26 PM PST

CIPTA KECEMERLANGAN: Bulhaji (kiri), Abdul Ajis, Hanapi (dua kiri), Affzuandi (kanan) bersama-sama pasukan Limbang yang menjuarai Piala Isuzu-FAS, di Limbang semalam.

LIMBANG: Kejayaan Limbang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan sekali gus membawa pulang piala pusingan Isuzu-FAS Bawah 19 tahun Sarawak 2013 kelmarin membuktikan pemain mempunyai bakat dalam sukan bola sepak tempatan.

Pengerusi Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Dr Abdul Rahman Ismail berkata kejayaan itu merupakan usaha dan hasrat berterusan persatuan melahirkan pemain bertaraf negeri yang boleh digilap potensinya pada masa hadapan.

Menurutnya, walaupun Limbang berstatus 'underdog' namun semua pemain mempunyai komitmen, disiplin dan semangat tinggi untuk menjulang dan membawa pulang Piala Isuzu-FAS pertama kali ke utara negeri ini.

"Kemenangan yang dicipta itu bukannya digapai dalam sekelip mata, tetapi mengambil masa yang lama dan berterusan sejak Liga Limbang dianjurkan lebih lima tahun lalu," katanya di sini semalam.

Dr Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, komitmen jitu dan kerjasama padu antara persatuan membawa kepada kemenangan yang memberi makna dan bersejarah bagi bola sepak tempatan di sini.

Beliau turut berharap Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan sentiasa memantau pemain-emain dari bahagian ini untuk diketengahkan bakatnya di peringkat paling tinggi.

"Kita yakin masih ada pemain berbakat untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi, bukan sahaja di bahagian ini tetapi juga di kawasan-kawasan lain," katanya.

Ketika ditanya habuan dan ganjaran yang bakal menanti pemain, pihaknya akan memikirkan perkara tersebut.

Sementara Naib Pengerusi LFA, Bulhaji Wahab pula mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak leka dan selesa dengan kemenangan itu sebaliknya terus berusaha dan meningkatkan latihan mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang.

Manakala Pengurus Pasukan Limbang yang juga Setiausaha LFA, Abdul Ajis Kon Mohd Ghazali menjelaskan kemenangan itu memberi isyarat bahawa tahap pemain Limbang juga setanding dengan pemain-pemain lain di negeri ini. Beliau berharap jurulatih Sarawak akan terus memantau dan menjenguk pemain-pemain di daerah ini agar dapat beraksi pada kejohanan lebih tinggi.

Selain berjaya menggondol haddiah wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala dan pingat, Limbang turut diiktiraf melalui Eric Lanjap selaku pemain ter- baik kejohanan.

Kejohanan Bola Sepak Piala ISUZU-FAS Bawah 19 Tahun Sarawak 2013 dianjurkan oleh FAS berrmula pada 15 hingga 21 Disember lalu dan disertai tujuh pasukan daripada seluruh negeri. Sehubungan itu, ketibaan pasukan Limbang disambut meriah pada satu majlis makan tengah hari di sini yang turut dihadiri Pengerusi Pengadil Limbang, Affzuandi Musiv dan jurulatih Limbang, Hanapie Majini semalam.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads