Rabu, 25 Disember 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Enchanted Life Begins: Cuti <b>Di Kuching Sarawak</b> : Hari 1

Posted: 02 Dec 2013 07:40 PM PST

Dijangkakan untuk berlepas dalam pukul 10:15 pagi waktu Malaysia (heheh). So seawal pagi kami dah bertolak dari umah. Berhenti untuk sarapan pagi kat R&R Dengkil, pekena nasi lemak dan teh tarik lepas tu terus bergegas ke LCCT.

Jammed kooooooo...
Apahal lak, jalan ke situ jammed teruk giler...
Kitaorang sampai dekat kul 9...
Dedet gigih gi carik parking...
So budget nak carik yang kadar sehari RM16 sehari...
Jauh jelak kena menapak itupun nasib baik dapat, rata2 parking memang full...

Lepas tu masa nak terbang (erkkk betul ke ayat gini ehh)...
Flight delay hampir 30 minit... Sebab trafik...
Banyak giler kot penerbangan pagi tu...
Sampai airport Kuching dekat kul 1 tengahari, dah dengar azan time ni...
Amik keta sewa dan terus pergi umah sewa kat Jalan Matang...
Keta kitaorang sewa jenis Unser yang lawa sikit tu, umah 4 bilik... harga sewa dalam RM150 sehari setiap satu. Umah sangat besar ala2 untuk datang 3 keluarga. Memang 1 bilik kitaorang tak guna.
Ada aircond untuk bilik utama dan ruang tamu...
 Luas lah, siap ada tilam tambahan lagik...
 Dapur + perkakasan memasak semuanya complete....
Yang penting ada TV, anak gue ler nak layan kartun kalau tak der ke mana...
Memang sampai time untuk mengisi makanan kan...
Lapaq... Terus kuar cari makan...
Kitaorang pergi kedai ni nama dier "Teh Tarik"...
Kat sini memang ada banyak stall yang jual macam-macam makanan...
Cam biasa ada sate, mee kolok, laksa sarawak, nasi ayam penyet (tak sedap langsung) dan lain-lain. Tapi signature kedai ni teh tarik, so kenalah menerai... Siyes sedap koooooooooo... Antara teh tarik yang shodap. Kedai Teh Tarik ni letaknya dekat jugak dengan kawasan Kubah Ria (orang Sarawak tahu kot).
Siap semuanya, patah balik umah solat bagai. Terus bergegas ke Waterfront...
Tak menyabor sangat kan nak pekena kek lapis sarawak, ngeeeeee.
Dan my laki cam biasa... Kena bergambar yang ada ciri kita dah sampai Kuching.
Bergambor sakanlah anak beranak kat monumen Kuching di tengah bulatan jalan raya besar di Kuching.
Ni dowang nak tiru aksi kucing tu. Hahahaha... Tak berapa nak jadi, kan?
Patah balik Waterfront, kitaorang naik bot lak...
Nak menyeberang sungai... Bayar 50 sen ja... Amani dan Afiq FOC.
Isk... semata-mata nak gi Kedai Kek Lapis Dayang Salhah...
Memang fofular kek ni... Even kedai dier kecik jer...
Dengan macam2 jenis kek yang memang menggugat nafsu sungguh...
Saya banyak berada di kawasan ni..
Kawasan testing kek... Konsep nya mencuba...
Tapi saya macam makan beria-ia, buhahahahahahah
Amik 3 ketoi jer, kunun nak makan kat Sarawak jer...
Nanti sebelum balik, plan memang nak singgah lagik kat sini :)
Memborong untuk bawa balik ke Semenanjung...
Ok... citer Sarawak lagik next posting ya, gue nak gi KWSP jap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads