ads

Isnin, 16 Disember 2013

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Pendidikan madrasah <b>di Lawas</b> akan dipertingkat – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2013 02:03 PM PST

by Mastura Ismail. Posted on November 12, 2013, Tuesday

MODAL INSAN: Awang Tengah (duduk depan), Hussaini (depan dua kiri) dan yang lainnya bersama bergambar bersama pelajar Madrasah Darul Ulloom Lawas kelmarin.

Sejajar tuntutan agama, perkembangan zaman angkat pendidikan madrasah ke peringkat lebih tinggi

LAWAS: Pendidikan madrasah di daerah ini akan dipertingkatkan sejajar dengan tuntutan agama dan perkembangan zaman bagi mengangkat sistem pendidikan madrasah ke peringkat lebih tinggi seperti institusi pendidikan lain yang ada di negeri ini.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pelbagai penambahbaikan akan dilakukan terhadap program pendidikan di madrasah dalam menjadikan ia sebagai pilihan utama ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar.

Katanya bagi mencapai matlamat itu, perbincangan dengan Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) akan diadakan selain penglibatan masyarakat untuk terus mempertahankan Madrasah Darul Ulloom Lawas.

"Ini kerana Madrasah Darul Ulloom merupakan institusi pengajian Islam pertama di daerah ini yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam dan pemerkasaan pendidikan al-Quran di daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Khatamal Al-Quran Madrasah Darul Ulloom Ke- 44 di Lawas kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim dan pihak pengurusan Madrasah Darul Ulloom.

Awang Tengah berkata lagi madrasah perlu bersedia menghadapi perubahan sesuai dengan perubahan zaman dan persaingan yang dihadapi dengan institusi pendidikan lain yang turut memberi penekanan kepada pendidikan al-Quran dan agama Islam.

"Madrasah harus merangka program yang tidak ditawarkan atau disediakan oleh pihak sekolah kerajaan agar peranan madrasah terus relevan,"ujarnya.

Katanya pendidikan madrasah dan institusi pendidikan Islam lain adalah penting dan memain peranan dalam memastikan anak-anak muda dididik dengan baik untuk membentengkan diri daripada perkembangan gejala sosial yang semakin menular.

"Sekarang banyak masalah sosial seperti penagihan dadah, judi yang merosakkan sahsiah anak-anak muda hari ini yang memerlukan mereka untuk didekati dengan tujuan memantapkan keimanan pada diri mereka.

"Aspek penting yang perlu diberi penekanan ialah keimanan dan ilmu pengetahuan dalam membendung segala masalah sosial yang berlaku," katanya.

Terdahulu ketika merasmikan Khatamal Perdana KAFA (Kelas Fardhu Ain) Daerah Lawas untuk kali ketiga di Masjid Besar Darul Ma'mur, Awang Tengah mahu umat Islam berani melakukan hijrah untuk menjadi manusia yang terbaik.

"Dunia yang digerakkan oleh ilmu pengetahuan seperti hari ini tidak akan lengkap tanpa adanya panduan agama yang memastikan urusan kehidupan menjadi lebih bermakna tanpa ketinggalan dalam arus kemajuan sekarang," katanya.

Umat Islam katanya lagi perlu terus berpegang teguh kepada ajaran agama dan memberi penekanan kepada pendidikan al-Quran sebagai panduan hidup di dunia dan akhirat.

"Kita bersyukur kerana di daerah ini, masyarakatnya masih lagi berpegang teguh kepada ajaran agama dan terus memberi penekanan kepada pendidikan al-Quran sebagai panduan hidup seharian untuk kita berasa lebih selesa, selamat dan bahagia di dunia dan akhirat.

"Pada masa sama kita juga harus melihat aspek pengamalan ilmu al-Quran itu sendiri di kalangan generasi muda untuk diberi perhatian yang serius agar mereka terus menjadi umat yang selamat dan sejahtera," tambahnya.

"Al-Quran jelasnya mengandungi banyak ilmu untuk kita di dunia dan akhirat hingga terus menjadi kajian ilmuan daripada semua bangsa dan agama selain diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa antarabangsa yang utama," ujarnya.

Ini sewajarnya mengukuhkan keazaman masyarakat Islam sendiri untuk terus mempelajari al-Quran selain mendalami pengajarannya sebagai panduan kehidupan seharian.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan Pegawai Pelajaran Daerah Awang @ Ibrahim Ahmat.

Pada majlis berkenaan Awang Tengah turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM10,000 untuk KAFA Lawas dan Datuk Henry Sum Agong menyumbang sebanyak RM5,000.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved