ads

Isnin, 16 Disember 2013

11 di betong sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Warga Asing Mengamuk Dan Serang Polis <b>Di Betong Sarawak</b> | Ida <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2013 09:09 PM PST

Tindakan sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Betong, Sarawak, kira-kira jam 4 petang semalam menimbulkan tanda tanya sama ada terdapat usaha pihak tertentu mewujudkan senario seperti di Singapura minggu lalu.
Menurut Harian Metro, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.
Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri.
Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.
Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved