ads

Jumaat, 15 November 2013

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


<b>Sarikei</b> sedia berjuang pada karnival MAKSAK <b>di</b> Mukah <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2013 09:13 AM PDT

Posted on September 7, 2013, Saturday

SARIKEI: Residen Bahagian Sarikei, Micheal Dawi Alli menggesa ahli-ahli pasukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Bahagian Sarikei yang bakal bertanding pada Pertandingan Catur, Dart dan Karom di Mukah pada 7 dan 8 September ini agar mempersiapkan diri.

Katanya, setiap anggota pasukan harus mempunyai semangat berpasukan tinggi serta sedia bersaing dalam bentuk yang sihat pada bila-bila masa.

"Kita mahu pasukan kita bukan hanya menjadi sebuah pasukan yang sedia bersaing di gelanggang pertandingan, tetapi turut terkenal dengan imej yang positif.

"Kelakuan dan tingkah-laku kita berada di lokasi orang harus dijaga kerana kita bukan hanya mengalas tanggungjawab pasukan dalam memburu kejuaraan, tetapi turut membawa imej bahagian yang bakal memberikan gambaran secara keseluruhan semua pihak tentang kakitangan awam di Bahagian Sarikei," katanya.

Micheal melakukan penyerahan bendera MAKSAK kepada pasukan MAKSAK Bahagian Sarikei, di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sarikei, semalam.

Tambahnya, anggota pasukan terbabit juga seharusnya menggunakan peluang menambah seberapa banyak informasi dan pengetahuan untuk memantapkan jati diri.

"Peluang kita berkunjung ke bahagian lain wajarnya dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh setiap ahli pasukan.

"Gunakan peluang ini untuk bergaul dan mengeratkan hubungan dengan pasukan lain, sambil bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan berkaitan dalam memantapkan kualiti perkhidmatan awam yang menjadi teras utama pembangunan dan kemajuan negara," jelasnya.

Dalam aktiviti berkenaan, MAKSAK Sarikei menghantar sebanyak 13 orang ahli pasukan untuk bersaing dengan 12 pasukan MAKSAK dari lain-lain bahagian pada pertandingan berkenaan.

Pasukan MAKSAK Sarikei diketuai oleh pengurus pasukan, Ricky Patiew dari Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pasukan itu berangkat ke Mukah semalam (Jumaat) dan lokasi pertandingan akan dilangsungkan di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Pertandingan ini adalah bagi memilih pemain mewakili MAKSAK Sarawak ke pertandingan serupa peringkat kebangsaan bakal berlangsung di Johor pada 4 hingga 6 Oktober depan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved