Jumaat, 15 November 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2013 03:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Polis usaha tangani kes curi kenderaan - The Borneo Post Online

Posted: 01 Oct 2013 03:17 PM PDT

by Sandy Mark Luna. Posted on October 2, 2013, Wednesday

SIDANG MEDIA: Sabtu ketika menjawab soalan media pada sidang akhbar di IPD Padawan, semalam. Turut kelihatan, Pauzi (kiri).

KUCHING: Polis mencari mekanisme terbaik untuk menangani kes kecurian motosikal dan kenderaan yang disifatkan sebagai kian membimbangkan di seluruh Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, jenayah itu kian meningkat meskipun kadar jenayah secara keseluruhannya menyaksikan penurunan.

Bagaimanapun, beliau percaya penambahan dari segi keanggotaan tidak banyak membantu dalam menyelesaikan masalah itu, tanpa komitmen yang sewajarnya ditunjukkan oleh seseorang anggota polis.

"Dari segi masalah jenayah, peningkatan kes curi motosikal dan motokar begitu ketara, bukan sahaja di Daerah Padawan tetapi di kontinjen Sarawak secara keseluruhannya.

"Justeru, kita akan memperlihatkan kaedah untuk menurunkan kadar jenayah curi motosikal dan curi motokar," katanya tanpa mengulas lanjut mengenai statistik kecurian motosikal dan kenderaan di Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Lawatan Ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padawan dekat sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superintenden Pauzi Bujang dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Padawan ASP Naazron Abdul Yusof.

Dalam pada itu, Sabtu memberitahu, polis Sarawak akan terus memperhebatkan Ops Lejang dan Ops Cantas dalam usaha mengurangkan kes-kes berkenaan.

"Jadi tumpuan kita masih di Ops Cantas dan Ops Lejang (dalam membendung jenayah)," katanya.

Sabtu turut menyuarakan cadangan untuk menambah baik serta menaik taraf kemudahan di beberapa buah balai polis di bawah pentadbiran IPD Padawan seperti di Batu 10 dan Batu Kawa selain kelemahan dari segi logistik.

Antara cadangan yang dikemukakan adalah untuk mendapatkan bangunan baharu atau mendapatkan tapak tanah baharu untuk mendirikan balai polis.

"Masalah ini akan melemahkan proses penyiasatan oleh pegawai-pegawai penyiasat kita dan mungkin kita akan beri elaun perjalanan tetapi itu bergantung kepada kedudukan kewangan.

"Meskipun IPD Padawan ini baharu diwujudkan tapi kemudahan dari segi bangunan dan kenderaan masih lama dan kita perlu naik taraf," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung kumpulan gengster yang dikenali sebagai 'Geng Didi' di Sibu, Sabtu memberitahu pihak polis di Sibu sedang membuat siasatan susulan secara menyeluruh.

"Kita telah kenal pasti (ahli-ahli) dan akan 'follow up' (susulan) dalam penglibatan dan keahlian sebenar mereka," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads