di negeri sarawak - Google Blog Search |
8 Penyokong <b>Sarawak</b> Pengsan Beli Tiket <b>Di</b> Stadium <b>Negeri</b> <b>...</b> Posted: 24 Oct 2013 02:35 AM PDT Lebih kurang lapan orang penyokong Sarawak pengsan di kaunter jualan tiket di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching Sarawak apabila berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlawanan Piala Malaysia Sarawak VS Pahang malam esok. KUCHING: Sekurangnya lapan orang pengsan apabila keadaan di kaunter jualan tiket di Stadium Negeri, Petra Jaya, di sini bertambah kecoh berikutan orang ramai yang berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Pahang malam esok. Dianggarkan 15,000 penyokong Sarawak membanjiri perkarangan stadium seawal jam 6 pagi untuk membeli tiket. Sebanyak tiga kaunter tiket dibuka menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang. Difahamkan timbul ketidakpuasan hati di kalangan orang ramai apabila mereka dikehendaki menunjukkan kad pengenalan dalam usaha Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menghadkan lima tiket kepada seorang pembeli. FAS menjual 10,000 tiket untuk hari ini. – Harian Metro |
You are subscribed to email updates from di negeri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan