ads

Jumaat, 25 Oktober 2013

11 di limbang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Skrin besar aksi Sarawak-Pahang <b>di</b> Dataran Jubli Emas <b>Limbang</b> <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2013 03:09 PM PDT

Posted on October 24, 2013, Thursday

LIMBANG: Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) menganjurkan tayangan perlawanan timbal balik Piala Malaysia 2013 antara Sarawak menentang Pahang kepada orang ramai menggunakan skrin besar di Dataran Jubli Emas, di sini pada malam Sabtu ini.

Pengerusi LFA, Dr Abdul Rahman Ismail memberitahu tayangan bermula jam 7.30 malam pastinya dinanti-nantikan oleh peminat sukan bola sepak di bahagian ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota bersama- sama orang ramai menonton perlawanan itu dan timbalannya, Alidin @ Brahim Tawar serta jawatankuasa tertinggi LFA.

"Selain tayangan skrin besar, LFA turut menganjurkan pelbagai aktiviti sampingan yang akan dimuktamadkan pada mesyuarat bersama LFA nanti," katanya ketika dihubungi kelmarin.

Dr Abdul Rahman berkata, tayangan separuh akhir kedua Piala Malaysia membabitkan Sarawak dan Pahang melalui skrin besar itu salah satu usaha LFA mendekatkan peminat sukan bola sepak yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia.

Katanya, acara tersebut dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat melalui sukan.

Pada masa sama, peminat dan penyokong Sarawak yakin pasukan kesayangan mereka dapat bangkit sekurang-kurangnya dengan gol 2-0 untuk menempah tiket ke final Piala Malaysia nanti.

"Dengan semangat Ngap Sayop dan semangat perjuangan tinggi para pemain, kita yakin Sarawak akan berjuang habis-habisan menentang Pahang 26 Oktober ini," katanya.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Sarawak dan Pahang melalui skrin besar yang disiarkan secara percuma.

Program anjuran LFA itu mendapat kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSN) Limbang dan Jabatan Penerangan Limbang.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved