Jumaat, 18 Oktober 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Advanture to Kampung Semban, <b>Padawan Sarawak</b>

Posted: 07 Sep 2013 04:54 AM PDT

Saya nie kalau disebut 'nak ikut tak pergi...' atau tak di ajak pun offer diri sendiri kalau bab jalan-jalan nie. Kebetulan kumpulan kawan ekin mengkaji budaya dan cara hidup masyarakat Bidayuh di kampung Semban,Padawan Sarawak.Apa lagi ekin pun nak join sama. Lagi pun bajet tak besar sebab kami pergi sana guna van dan makan minum tanggung sendiri. 

Sebelum pukul 8 pagi kami berkumpul di gate luar kampus timur Unimas. Semangat bukan main lagi,apatah cuaca sangat mendukung. Walaupun saya bukan kumpulan mereka tapi nak cari pengalaman di tempat masyarakat Bidayuh yang original atau masih mengekalkan keasliannya bukan selalu dapat peluang kan hehe


Newzen seorang lelaki berbangsa Bidayuh yang menjadi Jurubahasa Bidayuh yang membantu sepanjang perjalanan. 
Pemandangan sepanjang perjalanan menggunakan Van
Bengoh Dam tempat pertama kami lihat setelah sampai. Ketika itu belum Bengoh Dam belum berfungsi lagi.
Bagaikan pintu utama ke kehidupan masyarakat Bidayuh yang menyambut kedatangan kami dengan suasana yang damai sejuk penuh kehijauan.
Tentunya tujuan kami melihat budaya,kesenian dan cara hidup masyarakat Bidayuh yang menyatu dengan alam sekitar dalam menjalankan kehidupan mereka. Walaupun sedikit demi sedikit terhakis arus pemodenan semoga generasi muda membela nasib kaum mereka dan mengekalkan budaya yang menjadi identiti kepada masyarakt Bidayuh itu sendiri.
Namun perjalanan kami tidaklah mudah seperti yang disangkakan. Perjalanan sepanjang 30/40 km dengan ulang alik dalam satu hari memang kerja gila. Hal ini kerana biasanya pelancong akan bermalam di homestay di kampung Semban tetapi kami melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh orang lain. 
Berjalan kaki selama berjam-jam untuk sampai kampung Semban memang cukup berat apatah pelajar macam kami yang jarang bersenam atau aktif . Ekin pula satu satunya yang paling gemuk. Tidak tahu nak kata apa lagi kepala pening, kaki krem ,badan memang basah peluh . Rasa nak patah balik pun tak mampu. 
Sepanjang perjalanan memang tiada sebarang pengankutan hanya berjalan kaki sahaja naik turun bukit dan jambatan yang di perbuat daripada buluh untuk menyeberang sungai. Dapat dilihat masyarakat Bidayuh tidak hidup berdekatan sungai tetapi di atas banjaran atau bukit/gunung. Namun sejajaran arus pemodenan mereka juga menggunakan air paid yang disalurkan daripada Gunung. 
Sepanjang perjalanan kami melintas beberapa perkampungan. Di sini kami dapat melihat cara hidup mereka yang menanam padi huma, berkebun sayur dan menanam buah ,menanam tebu. Segalanya didapatkan daripada alam. Hanya bekalan elektrik yang memakai generetor. Makanan memang didapat daripada hasil tanaman dan ternakan. Ekin sempatlah bertanya kepada mak cik yang rumahnya tempat kami berehat menyatakan mereka pergi ke pasar lebih tertarik membeli ikan hasil dari laut kerena itu tiada di tempat mereka.
Siapa sanggup naik jambatan nie. Sepanjang perjalanan kami melintas beberapa jambatan seperti ini. Hanya 1 saja yang diperbuat daripada jambatan gantung. Sempat juga bertemu dengan penduduk kampung yang membawa beban berkilo-kilo iaitu membawakerperluan harian mereka. Ada juga penduduk kampung iaitu golongan lelaki yang mengambil upah daripada peruncit untuk membawa barang yang dijual.Waktu mereka pergi ke pekan adalah awal pagi dan sampai sebelum tengah hari. Mereka balik sebelum tengah hari dan sampai di rumah sebelum petang. Dapat dilihat kegigihan mereka dalam menjalani kehidupan.


Jambatan ini lah membuat satu pengalaman yang cukup menarik jika ke Kampung Semban. Ini lah yang menjadi Identiti budaya masyarakat Bidayuh. Mungkin anda terjumpa jambatan seperti ini di Kampung Budaya namun tidak setinggi  dan sepanjang ini. Ekin berteriak ketakutkan apatah lagi ada orang lain yang melintas pada waktu yang sama memang goyangan jambatan buluh ini melampaui imaginasi anda. 

Pemandangan seperti ini lah yang kami lihat. Udara segar dan damai. 
Antara penduduk kampung yang kami jumpa. Mereka sangat ramah. Apa yang pasti mereka sangat cergas dan kuat hehe. 
Ini adalah rumah tempat kami berehat sebelum melanjutkan perjalanan ke kampung Semban. Pemilik rumah yang sangat baik hati  dan ramah. Semasa sampai kami sisajikan dengan bubur ubi kayu. Dapat lah berehat seketika. Terima Kasih mak cik. 

Rumah mereka dibuat daripada kayu yang didapatkan dari Gunung . Rumah mak cik ini sangat luas dan selesa.
 Diana kawan baik saya. 
Sangat Indah bukan. Dikatakan terdapat beberapa Air terjun yang sangat indah yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk di sini. Rugi kami tak bermalam kalau tak dapat la pergi tempat tu. 
Kampung Semban tu bukan lagi di Bukit tapi di Gunung. Ketika melihat banjaran borneo ini dikirakan baru separuh perjalanan kami. Ketika ini sudah tengah hari. Terdapat tempat berehat sambil melihat pemandangan yang sangat Indah. 
terima kasih buat kawan-kawan yang banyak membantu. Ketika ini kaki ekin kronik sudah akibat krem. Kedua-dua tidak dapat bergerak. Tapi perjalanan tetap diteruskan dengan pelahan-lahan. 
Sambil berehat sempat Diana dan Kak Yah ambik gambar bersama pasangan yang tengah makan tengah hari .Ganggu je hehe..
Finally sampai juga di kampung Semban. Tapi ekin tak sampai ke sini. Rugix3.. kaki dah tak dapat berjalan . Anak mak cik yang menemankan ekin pulang ke rumah mak cik tempat kami singgah sebelum ini. Jadi mereka saja yang meneruskan Pejalanan dan sampai di kampung Semban. 
Ini pengalaman paling mencabar dalam hidup ekin. Bayangkan kedua-dua kaki krem tengah hutan bersama pemandu pelancong seorang kat tengah hutan .Tak dapat bergerak langsung,agaknya mcm tu lah org lumpuh separuh badan. Kalau perempuan lain tadi memang dah nangis.Krem tu dah sampai ke paha. Lebih 30 minit ekin duduk kat hutan buluh . Dah la tak ada air. Alhamdulillah sampai rumah mak cik tu ekin dapat lah berehat sementara tunggu kawan pulang dari kampung Semban. Walaupun ekin tak sampai kat kampung Semban best juga hehe.. di rumah tu ekin rehat minum air banyak dan disajikan makcik tu buah-buahan segar. 
Nie antara gambar yang kawan ekin ambik di kampung Semban.
Ini lah cara hidup mereka.
Nah ini lah yang kami cari sebenarnya .. last of the ring ladies..Unik bukan. tetapi hanya beberapa orang sahaja yang masih memakai gelang ini. 
 Lihat lah pakaian yang melambangkan identiti budaya mereka . Sangat disayangkan generasi mudah mungkin tidak dapat melihat kaum mereka memakai gelang seperti ini dalam kehidupan harian jika generasi tua yang masih memakai gelang sudah tiada. 
Ini lah pengalaman kami ke kampung Semban yang sangat mencabar. Belum banyak yang dapat kami teroka dalam kesempitan masa. Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang perjalanan ini..Terima kasih bagi yang banyak membantu dan sudi meluangkan masa bersama.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 03:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2013 03:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 25 May 2013 03:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 May 2013 03:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2013 03:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 03:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2013 03:52 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Sep 2012 03:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UnReportedNews™®: KR1M ANCAMAN KEPADA PEMBANGKANG?

Posted: 10 Jul 2012 08:30 AM PDT

-SELAMA INI, SESETENGAH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEOLAH-OLAH MAHUKAN RAKYAT DIBEBANI DENGAN PRODUK BERHARGA MAHAL SUPAYA RAKYAT AKHIRNYA MENYALAHKAN KERAJAAN, AGAK-AGAK PUAK MANA YANG MENGAWAL EKONOMI MALAYSIA YE .. KEKEKE!-

Pembinaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh Malaysia yang objektif utamanya adalah untuk menyediakan rakyat dengan produk-produk yang berharga lebih murah dan berpatutan jelas telah menyebabkan sesetengah pihak berasa "tidak selesa" atas kemurahan hati kerajaan. 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato' Sri Ismail Sabri Yaacob berkata bahawa beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seolah-olah begitu ketara "terganggu" oleh pembinaan KR1M dengan menggunakan isu-isu yang tidak relevan dengan KR1M untuk mencetus kekecohan.
Ismail berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran KR1M pertama di Sarawak, yang terletak di Padawan kira-kira 16km dari bandar di sini dan setakat ini, ia juga merupakan KR1M yang terbesar di seluruh Malaysia petang semalam.
Menjawab dakwaan tuntutan DAP mengenai harga barangan di KR1M Padawan adalah lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan oleh pasaraya di bandaraya ini, beliau berkata kerajaan akan menetapkan harga barang-barang yang ditawarkan untuk membawa simbol 1Malaysia dalam KR1M adalah antara 30 peratus dan 50 peratus lebih murah.
"Niat pembangkang kita mengelirukan rakyat dengan membandingkan harga produk lain berjenama dijual di KR1M dengan harga yang sama yang dijual di tempat lain," katanya sambil menambah bahawa pada masa di Kuala Lumpur, DAP juga membuat tuduhan yang sama tetapi mereka berbohong untuk membawa produk yang berbeza.
Ismail berkata, terdapat kira-kira 30 peratus daripada barangan yang terdapat dalam jenama KR1M lain dan ini memberi peluang kepada pengguna untuk membandingkan harga barangan boleh didapati di KR1M.
"Kerajaan telah menubuhkan KR1M seluruh Malaysia untuk menyediakan rakyat dengan produk yang berpatutan dan lebih murah sementara di sisi lain, beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang seolah-olah mahu rakyat dibebani dengan produk mahal namun akhirnya menyalahkan kerajaan."
"Saya percaya bahawa rakyat, terutama orang-orang di Sarawak cukup bijak untuk membezakan ini dan menyedari bahawa objektif utama kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pembinaan KR1M hanya satu, iaitu memberi keutamaan kepada rakyat terlebih dahulu."
Ismail kemudian mendedahkan bahawa sejumlah sebanyak 12 KR1M adalah dirancang akan ditubuhkan di Sarawak sahaja ini tahun ini dan di bawah pelan ini, sekurang-kurangnya 1 KR1M akan dibuka di setiap bahagian negeri ini dan pihaknya sedang dalam proses menilai kesesuaian premis yang dicadangkan.
"Jika anda boleh membeli-belah KR1M kami di kawasan yang jauh dari kedai-kedai runcit yang ada supaya wujud persaingan," katanya sambil menambah bahawa usahawan tempatan juga dialu-alukan untuk memasarkan produk mereka di pertubuhan KR1M.
Mendedahkan bahawa 12 syarikat-syarikat individu telah disenarai pendekkan untuk menguruskan KR1M 12, Ismail berkata selain direkodkan sebagai KR1M yang terbesar di negara ini, KR1M Padawan juga telah mencatatkan jualan harian tertinggi berjumlah kira-kira RM60,000 sejak ia mula beroperasi pada 29 Jun lepas.
Beliau juga berkata jumlah 85 KR1M merancang untuk membuka seluruh negara sebelum akhir tahun ini dan sehingga tarikh, seramai 47 KR1M  telah berjaya dilancarkan setakat ini.
Turut hadir di majlis perasmian ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hajah Rohani Karim, setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato'Kasim Saipuddin dan Pengurus Besar MRT Retail Sdn Bhd Dato 'Ameer Ali Mydin.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Sep 2012 03:47 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 03:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Aug 2012 03:47 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kg Pesang Begu tapak habitat Rafflesia baharu : my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2012 11:17 AM PDT

KUCHING: Satu lagi kawasan baharu habitat bunga Rafflesia dikenal pasti di daerah Padawan yang akan dijadikan sebagai Taman Eko Rafflesia, kata Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit.

Terletak di Kampung Pesang Begu, Dawos menyifatkan ia sebagai taman Rafflesia paling dekat dan mudah dihubungi di Sarawak, dan berpotensi sebagai tarikan baharu pelancong.

"Kita telah mengenal pasti tujuh akar 'tetra stigma' iaitu di mana bunga Rafflesia tumbuh.

"Tempat ini akan kita bangunkan sebagai pusat tarikan pelancongan kerana ia merupakan taman Rafflesia paling dekat di Sarawak," katanya ketika ditemu bual selepas mengadakan lawatan di kawasan habitat bunga Rafflesia di Kampung Pesang Begu, Padawan dekat sini semalam.

Dari bandar raya Kuching, jarak perjalanan ke kawasan tersebut hanya 60 kilometer dengan anggaran tempoh pemanduan selama 45 minit, dan dengan berjalan kaki dari jalan utama menuju ke lokasi hanya tiga minit.

Menurut Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong, kos yang dianggarkan untuk mewujudkan taman Rafflesia tersebut ialah RM100,000.

"Kita akan membina laluan pejalan kaki, menyediakan tandas awam dan sebagainya untuk kemudahan pengunjung.

"Projek ini akan kita laksanakan dalam tahun ini," katanya sambil menambah pelaksanaan projek akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Dawos menambah ,faktor lain yang memberikan potensi kepada kawasan berkenaan sebagai tarikan pelancong ialah keindahan semula jadinya seperti gua, gunung-ganang dan hutan.

Selain itu, katanya, kedudukannya juga terletak berhampiran dengan lokasi pelancongan lain di sekitar Padawan, seperti Kolam Air Panas di Kampung Annah Rais dan pusat peranginan Puncak Borneo.

Kampung Pesang Begu merupakan lokasi kedua habitat bunga Rafflesia yang dikenal pasti di daerah Padawan, selain di Kampung Temurang.

Sementara itu, bagi memperluaskan lagi destinasi pelancongan di sekitar Padawan, Dawos berkata projek menaik taraf jalan kini sedang giat dijalankan yang menghubungkan Kampung Annah Rais ke Kampung Simuti, Sibekar, Sibuang dan Sadir.

Katanya, projek melibatkan jalan sepanjang 5.5 kilometer itu sudah dilaksanakan pada tahun ini oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan anggaran kos RM5 hingga RM7 juta.

"Pembinaan jalan ini amat penting kerana kampung-kampung terlibat mempunyai banyak produk pelancongan yang menarik seperti air terjun dan sebagainya," katanya sambil menambah Kampung Sadir juga akan dijadikan sebagai pusat penginapan.

Manakala, kawasan Teng Bukap juga akan dinaik taraf sebagai antara kawasan tarikan pelancong.

"Terdapat tapak kem yang sering digunakan oleh sekolah serta institusi pengajian tinggi untuk aktiviti perkhemahan pelajar.

"Kita akan meningkatkan kemudahan di sini agar ia menjadi kawasan pelancongan," katanya.

Selain melawat kawasan habitat bunga Rafflesia di Kampung Pesang Begu, Dawos turut mengunjungi Kolam Air Panas Annah Rais serta menyertai aktiviti kayak menyusuri Sungai Sarawak Kiri.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads