ads

Rabu, 21 Ogos 2013

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


SALCRA bangun pusat latihan <b>di Lundu</b> - The Borneo Post Online

Posted: 15 Aug 2013 02:35 PM PDT

Posted on August 16, 2013, Friday

KUCHING: Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak (SALCRA) bakal membangunkan sebuah pusat latihan di Kampung Bajo, Lundu bagi tujuan pemba-ngunan sumber manusia di negeri ini.

Pengerusinya Datuk Pa-tinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang berkata, pusat latihan yang bakal dibangunkan itu tidak hanya untuk warga SALCRA, tetapi juga boleh digunakan oleh mana-mana agensi bagi pelbagai jenis seminar dan sebagainya.

"Kami mempunyai kira-kira 40 ekar tanah dan pihak lembaga pengurusan SALCRA telah bersetuju untuk membangunkan pusat latihan ini di lokasi seperti yang telah saya nyatakan iaitu kira-kira sejam pemanduan dari pusat bandar.

"Pusat latihan ini tidak hanya untuk warga SALCRA, tetapi pada masa yang sama ia boleh digunakan oleh mana-mana agensi memandangkan ia dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang sesuai untuk penganjuran pelbagai aktiviti seperti seminar, kursus dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Peras-mian Persidangan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Ladang SALCRA (AJLPS) Ke-5 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Jabu yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian serta Menteri Pembangunan Luar Bandar bagaimanapun tidak dapat menyatakan anggaran kos projek berkenaan buat masa ini.

Ini kerana, menurut beliau, kos projek itu bergantung kepada sebut harga dan tender dan selepas tender di-buka serta keputusan dibuat kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam tempoh 24 bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabu memberitahu bahawa SALCRA bakal membangunkan 22 kawasan baharu bagi tujuan penanaman kelapa sawit di Balingian, Sekuau dan Baram termasuk sebahagian kawasan yang telah dibangunkan di negeri ini.

Ditanya mengenai permohonan Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak agar kerajaan mengkaji semula struktur cukai jualan, Jabu berkata kerajaan sedia mendengar dan berbincang mengenai perkara ini dengan pihak industri.

"Kerajaan bersedia untuk mendengar daripada mereka, apa faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan kerana ke-rajaan menyedari kos pengeluaran yang tinggi termasuk kos buruh dan kos am yang semakin meningkat.

"Justeru saya menggesa pihak industri atau wakil untuk membawa perkara ini kepada kerajaan untuk dipertimbangkan menerusi saluran yang tepat serta pendekatan yang terbaik demi kepentingan bersama," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved