Selasa, 30 Julai 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


<b>Sibu</b>, <b>Sarawak</b> : Gambar Deretan Rumah Kampung <b>di</b> <b>...</b> - Pengerindu

Posted: 19 Jun 2013 02:52 AM PDT

Sebentar tadi lingkungan jam 3 petang , beberapa deret rumah kampung di sekitar jalan Kampung Hilir - Kampung Dato yang berhampiran dengan Masjid Jalan Awang Ramli Amit di Sibu , Sarawak hangus dijilat Api .

Punca kebakaran masih dalam siasatan , sehingga kini 5:30 petang beberapa buah kenderaan Bomba serta anggota memamdamkan Kebakaran tersebut.

Kebakaran tersebut agak susah dikawal berikutan cuaca panas serta angin yang beribut.

Dianggarkan lebih daripada 30 buah Rumah Musnah Hangus dan sehingga kini 6:00 petang api masih lagi marak ke rumah lain akibat angin kuat , pasukan Bomba sedang berusaha untuk memadamkan kemaraan Api.

Video di sekitar Lokasi Kejadian


Sibu: "Sebaik tiba di rumah, saya lihat penduduk berlari sambil menjerit api... api... api dan ada juga yang menangis," kata Mohamad Nur Hafiz Majidi, 28, ketika menceritakan kebakaran membabitkan hampir 100 rumah di Kampung Datu Lama, di tepi Sungai Rajang di sini, semalam.

Kebakaran yang berlaku sekitar 3.45 petang itu menyebabkan lebih 1,000 penduduk kampung tradisi berkenaan tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barangan berharga berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah terlalu rapat.

Menurutnya, api dipercayai bermula dari sebuah rumah tidak berpenghuni sebelum merebak ke rumah bersebelahan."Rumah tidak berbumbung itu sudah lama ditinggalkan pemiliknya. Kebakaran bermula dari rumah itu, mungkin disebabkan cuaca terlalu panas sebelum merebak rumah lain.


Bonus:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads