ads

Isnin, 29 Julai 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Kegiatan perjudian loteri awam <b>di Bau</b> tumpas – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2013 02:50 PM PDT

by Sandy Mark Luna. Posted on July 15, 2013, Monday

TUMPAS: Suspek disoal siasat polis dalam serbuan sekitar jam 2.35 petang, semalam.

KUCHING: Taktik berselindung di sebalik perniagaan gerai minuman untuk mengaburi mata pihak berkuasa yang digunakan sejak enam bulan lepas ternyata gagal apabila seorang suspek ditangkap oleh pasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, semalam.

Menurut Pegawai Turus D7 IPK Sarawak DSP Ahmad Asri Jamaludin, pasukan itu diketuai Inspektor Sylvarius Gopog membuat serbuan kegiatan perjudian loteri awam di sebuah gerai di pasar Bau, dekat sini sekitar jam 2.35 petang yang turut merampas beberapa peralatan seperti alat-alat tulis serta wang tunai berjumlah RM2,083.00.

Lelaki berumur 40 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut.

"Kegiatan loteri awam itu dipercayai telah dijalankan enam bulan lepas di mana perolehan bagi setiap cabutan boleh mencecah RM10,000.

"Subjek berselindung di sebalik perniagaan gerai minuman bagi mengaburi pihak berkuasa akan kegiatannya," katanya.

Kejayaan serbuan itu adalah hasil daripada intipan dan pemantauan oleh anggota serta pegawai JSJ D7, katanya.

Asri sekali lagi menegaskan bahawa sesiapa yang menjalankan loteri awam dan yang membeli loteri awam tidak akan terlepas daripada Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau menyeru kepada orang ramai agar tidak memberikan sokongan kepada penjual loteri awam ini dengan cara jangan membeli serta melaporkan kegiatan tidak sihat itu kepada pihak berkuasa.

Individu yang ditangkap kerana menjalankan loteri awam boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 dan hendaklah dihukum penjara.

Manakala mereka yang ditangkap memiliki slip boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved