Jumaat, 26 Julai 2013

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jul 2013 03:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2013 03:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 May 2013 03:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 03:44 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Apr 2013 03:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2013 03:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2013 03:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2013 03:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

sambutan maulidur rasul 2013 peringkat daerah <b>serian</b> - sk tebedu

Posted: 07 Feb 2013 06:14 PM PST

JUARA 2 TAHUN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013 26 Januari 2013/ 1434H ( Sabtu ) seramai 35 orang peserta muslim antaranya murid-murid, guru-guru dan staf sokongan SK Tebedu telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang bertempat di Stadium Mini Serian, Sarawak. Bermula nya program pada pukul 7.30 Pagi dan Semua peserta yang mengambil bahagian berkumpul di dalam perkarangan stadium Mini Serian. Sebanyak 40 penyertaan antaranya agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO yang terlibat.

Wanita terkejut jumpa bom tangan dalam kedai pakaian - my <b>Sarawak</b>

Posted: 26 Feb 2013 02:02 PM PST

SERIAN: Seorang pemilik sebuah kedai pakaian terpakai terkejut apabila menemui sebiji objek dipercayai bom tangan di kedainya di sini, petang semalam.

Wanita tersebut yang ber-usia 43 tahun semasa insiden tersebut dikatakan sedang mengilat kasut di kedainya sebelum terjumpa bom tersebut di dalam sebuah bakul sekitar jam 4 petang.

Risau terjadi perkara yang tidak diingini, wanita tersebut segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan mengenai penemuan tersebut.

Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian bergegas ke kedai mangsa yang terletak di pekan Serian.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohamad Jamali Umi semasa dihubungi mengesah-kan kejadian tersebut.

"Kes ini masih disiasat dan kita masih menunggu laporan pakar bom sama ada bom jenis 'hand grenade' itu masih aktif atau tidak," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 03:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 03:58 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2013 03:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Probitas Et Fides: {Gambar} : Tempat-tempat Menarik <b>di Sarawak</b>...

Posted: 30 Jan 2013 05:24 PM PST

Assalamualaikum wbt kepada sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat sekalian, pada 13 sehingga 19 Januari lalu saya berkesempatan ke negeri Bumi Kenyalang iaitu Sarawak untuk sedikit tugas rasmi. Saya diarahkan untuk ke sana selama seminggu untuk pergi ke dua tempat iaitu Serian dan Kuching. Alhamdulillah, dalam masa bertugas rasmi tersebut dapat juga saya berjalan sedikit untuk menikmati makanan dan pemandangan yang indah yang senantiasa terpelihara oleh negeri yang terkenal dengan jolokan Bujang Senang ini.
Ikuti sedikit catatan perjalanan saya yang tidak seberapa ini.:-
Tiket penerbangan MH 2528 dari KLIA ke Kuching pada 13/1 dan penerbangan balik dari Kuching ke KLIA untuk MH 2505 pada 19/1.
Sempat snap gambar dari Balai Pelepasan KLIA sebelum menaiki kapal terbang..Pilot tengah tunggu saya tue hihihihihh.......

Sampai di airport Kuching, terus menaiki teksi ke Hotel Dormani iaitu hotel penginapan saya selama 6 malam tersebut.
Malam pertama, sempat berjalan kaki dari hotel ke Dataran yang berdekatan. Saya tak pasti apa nama dataran ini tetapi ia betul-betul berdekatan dengan Masjid Negeri. Hotel Dormani itu pun berhadapan dengan Masjid Negeri yang terletak di Jalan Haji Abol ( kalau tak silap saya)...

Awal pagi keesokannya, saya terus ke Serian dengan seorang sahabat yang membawa saya ke sana. Perjalanan dari Kuching ke Serian mengambil masa dalam 1 jam melalui Jalan Kuching - Serian. Saya dimaklumkan jalan ini antara jalan terbaik yang menghubungkan dua daerah ini. Gambar diatas saya ambil ketika singgah makan di sebuah restoran di Serian.

Gambar ini ketika saya makan tengahari di sebuah restoran di pekan Serian. Serian sebuah pekan kecil yang cantik dan bersih. Seharian saya di Serian dan setelah kerja yang telah diarahkan selesai, saya kembali ke Kuching semula. Memang saya tidak bercadang untuk menginap di Serian kerana jarak perjalanan dengan Kuching tidaklah berapa jauh sangat.

Malamnya, sahabat saya yang membawa saya ke Serian telah mengajak kami makan di sebuah tempat makan yang berdekatan. Saya tak pasti apa nama tempat ini tetapi lokasinya terletak di atas bumbung sebuah kompleks membeli belah ( kalau tak silap saya namanya Top Shop)
Sempat juga snap gambar Sarawak River Cruise yang parkir di Sungai Sarawak.. hihihhh...
Di Sungai Sarawak ini, terdapat bot penambang untuk ke seberang sana. Saya tidak melepaskan peluang untuk menaiki bot ini untuk ke seberang sungai ini. Tambang yang dikenakan adalah RM 1 tetapi saya dimaklumkan jika kita menaikinya pada waktu siang tambangnya cuma RM 0.50
Inilah destinasi yang dituju untuk ke seberang Sungai Sarawak ini. Sebuah kedai Kek Lapis yang dikenali sebagai Kek Lapis Myra. Walau bagaimanapun, mengikut penduduk tempatan ada sebuah lagi kedai kek lapis yang popular iaitu Dayang Salha. Namun, saya tak berkesempatan ke sana..huhuhhh...
Antara kek lapis yang diperaga untuk dicuba, boleh cuba sampai kenyang tau di Kedai Kek Lapis Myra nie heheheeee....
Sedikit pemandangan kedai Kek Lapis Myra.
Pemandangan pada waktu malam di Jeti Bot Penambang tersebut..
Sempat juga saya merasa Mee Kolok Sarawak. Rasa macam maggi goreng pun ada.. Tapi memang sedap Mee Kolok Sarawak nie....

 Yang ini, Nasi Goreng Udang Penyet...perghhhh..memang sedap.. keesokannya iaitu saya nak cuba lagi tetapi gerai tersebut tutup pula huhuhuhh...sekali rasa pasti nak rasa lagi

Alhamdulillah, hari terakhir sebelum pulang dapat juga saya berjalan di waktu siang di Kuching ini. Lokasi pilihan saya iaitu Indian Mosque Lane. Tempat untuk mencari sedikit cenderahati..

19 Januari pulang semula ke Kuala Lumpur. Entah apa nasib saya, seat saya untuk pergi dan balik kedua-duanya terkena di bahagian sayap. So, sempatla snap saya MAS nie hihihihhh...
Alhamdulillah, tugasan yang telah diamanahkan telah sempurna saya selesaikan dalam masa 6 malam berada di Kuching. Selain itu, dapat juga menikmati pemandangan, merasa makanan dan berkenalan dengan orang Kuching..awok...awokkk..itulah perkataan tradisi orang Sarawak yang saya ingat sampai sekarang..
Sampai disini dahulu coretan layangan minda Probitas Et Fides..semoga kita bersua lagi di layangan akan datang.. Kepada sahabat blogger teruskan berblogging seperti biasa ya..Jumpa lagi destinasi yang akan datang ye hihihihh..( kne ngadap bos dulu nak tahu destinasi tugasan seterusnya huhuhuhhh)...

32,555 MyKad <b>di</b> seluruh <b>Sarawak</b> belum dituntut | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 24 Jan 2013 11:00 PM PST

- Jan 25, 2013 15:00:27.

mykadKUCHING: Sebanyak 32,555 MyKad yang sudah siap di seluruh Sarawak belum dituntut pemiliknya setakat ini, sekali gus menyebabkan berlaku lambakan di hampir kesemua pejabat cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di ne-geri ini.

Menurut Penolong Pengarah (Bahagian Pentadbiran) JPN Negeri Sarawak Norazian Mat Noor, lambakan MyKad yang sudah siap terdapat di pejabat JPN Kuching, Batu Kawa, Bintulu, Kapit, Limbang, Miri, Sibu, Serian dan Sri Aman.

Beliau berkata, pemohon harus mengambil MyKad yang sudah siap kerana ia dokumen pengenalan diri yang sangat penting dan MyKad siap yang tidak dituntut bagi tempoh agak lama mungkin akan di-lupuskan.

"Masih menggunakan MyKad lama walaupun telah menukar kepada MyKad Struktur Baharu dan gemar berlengah untuk pergi ke pejabat JPN kerana mengetahui penukaran MyKad lama kepada MyKad Struktur Baharu tidak wajib merupakan antara faktor yang menyebabkan sikap sambil lewa pemohon," ujarnya.

"Mengikut peraturan-per-aturan Pendaftaran Negara 1990, Seksyen 26, tempoh simpanan MyKad di pejabat JPN adalah selama 18 bulan dari tarikh ia dikeluarkan dan selepas itu MyKad berkenaan akan dilupuskan.

"Bagaimanapun, seksyen ini tertakluk kepada arahan selanjutnya daripada Ketua Pengarah yang boleh menetapkan suatu jangka masa lebih panjang. Gantian MyKad yang ti-dak dituntut akan dikenakan fi tertentu," katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai yang pernah memohon MyKad agar menelefon pejabat-pejabat JPN berdekatan untuk menyemak dan membuat janji temu masa mengambil MyKad siap tanpa perlu beratur atau menunggu lama di Kaunter C3 (Call, Collect, Counter).

Beliau menambah, bagi memudahkan orang ramai mengambil MyKad siap, JPN mewujudkan Pusat Cetakan MyKad Teragih di JPN Kuching dan JPN Miri.

Menurutnya, dengan adanya sistem itu, pemohon boleh mendapatkan MyKad dalam tempoh satu hari berbanding 30 hari dari tarikh permohonan sekiranya permohonan dilakukan di JPN cawangan lain di Sarawak.

JPN juga, katanya, merancang menambah Pusat Cetakan MyKad Teragih di bandar lain seperti di Sibu dan Sri Aman, selain mendapatkan nombor telefon pemohon semasa memohon untuk dihubungi jika MyKad mereka siap.

"Semua ini adalah penambahbaikan yang dilakukan JPN untuk memudahkan pemohon mengambil MyKad siap, selain menghantar senarai pemohon tidak dituntut ke Pejabat Residen setiap tiga bulan.

"Kita juga dari semasa ke semasa membuat hebahan melalui media massa dan bekerjasama dengan pemimpin masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada penduduk di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau menambah, JPN biasanya akan menghantar notis kepada pemohon selepas tempoh tertentu untuk memberitahu mereka agar memungut MyKad sudah siap dan membuat serahan di lapangan terutama di kawasan pedalaman melalui Unit Khas Bergerak.

[lahad datu] gugurnya lagi wira negara!! - hambaliabdullah_03

Posted: 05 Mar 2013 05:34 AM PST


Barisan Perwira Yang Gugur Dalam Mempertahankan Keamanan Dan Keselamatan Negara
Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya.
Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.
Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara..!
Al-Fatihah untuk  Allahyarham ASP Ibrahim bin Lebar, Allahyarham Sarjan Baharin bin HamitAllahyarham Sarjan Aziz bin SarikonAllahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran dan Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran.  Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan syahid mempertahankan negara. Amin.

Takziah buat keluarga Mendiang ASP Michael Padel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads