Assalamualaikum wbt kepada sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat sekalian, pada 13 sehingga 19 Januari lalu saya berkesempatan ke negeri Bumi Kenyalang iaitu Sarawak untuk sedikit tugas rasmi. Saya diarahkan untuk ke sana selama seminggu untuk pergi ke dua tempat iaitu Serian dan Kuching. Alhamdulillah, dalam masa bertugas rasmi tersebut dapat juga saya berjalan sedikit untuk menikmati makanan dan pemandangan yang indah yang senantiasa terpelihara oleh negeri yang terkenal dengan jolokan Bujang Senang ini.
Ikuti sedikit catatan perjalanan saya yang tidak seberapa ini.:-
Tiket penerbangan MH 2528 dari KLIA ke Kuching pada 13/1 dan penerbangan balik dari Kuching ke KLIA untuk MH 2505 pada 19/1.
Sempat snap gambar dari Balai Pelepasan KLIA sebelum menaiki kapal terbang..Pilot tengah tunggu saya tue hihihihihh.......
Sampai di airport Kuching, terus menaiki teksi ke Hotel Dormani iaitu hotel penginapan saya selama 6 malam tersebut.
Malam pertama, sempat berjalan kaki dari hotel ke Dataran yang berdekatan. Saya tak pasti apa nama dataran ini tetapi ia betul-betul berdekatan dengan Masjid Negeri. Hotel Dormani itu pun berhadapan dengan Masjid Negeri yang terletak di Jalan Haji Abol ( kalau tak silap saya)...
Awal pagi keesokannya, saya terus ke Serian dengan seorang sahabat yang membawa saya ke sana. Perjalanan dari Kuching ke Serian mengambil masa dalam 1 jam melalui Jalan Kuching - Serian. Saya dimaklumkan jalan ini antara jalan terbaik yang menghubungkan dua daerah ini. Gambar diatas saya ambil ketika singgah makan di sebuah restoran di Serian.
Gambar ini ketika saya makan tengahari di sebuah restoran di pekan Serian. Serian sebuah pekan kecil yang cantik dan bersih. Seharian saya di Serian dan setelah kerja yang telah diarahkan selesai, saya kembali ke Kuching semula. Memang saya tidak bercadang untuk menginap di Serian kerana jarak perjalanan dengan Kuching tidaklah berapa jauh sangat.
Malamnya, sahabat saya yang membawa saya ke Serian telah mengajak kami makan di sebuah tempat makan yang berdekatan. Saya tak pasti apa nama tempat ini tetapi lokasinya terletak di atas bumbung sebuah kompleks membeli belah ( kalau tak silap saya namanya Top Shop)
Sempat juga snap gambar Sarawak River Cruise yang parkir di Sungai Sarawak.. hihihhh...
Di Sungai Sarawak ini, terdapat bot penambang untuk ke seberang sana. Saya tidak melepaskan peluang untuk menaiki bot ini untuk ke seberang sungai ini. Tambang yang dikenakan adalah RM 1 tetapi saya dimaklumkan jika kita menaikinya pada waktu siang tambangnya cuma RM 0.50
Inilah destinasi yang dituju untuk ke seberang Sungai Sarawak ini. Sebuah kedai Kek Lapis yang dikenali sebagai Kek Lapis Myra. Walau bagaimanapun, mengikut penduduk tempatan ada sebuah lagi kedai kek lapis yang popular iaitu Dayang Salha. Namun, saya tak berkesempatan ke sana..huhuhhh...
Antara kek lapis yang diperaga untuk dicuba, boleh cuba sampai kenyang tau di Kedai Kek Lapis Myra nie heheheeee....
Sedikit pemandangan kedai Kek Lapis Myra.
Pemandangan pada waktu malam di Jeti Bot Penambang tersebut..
Sempat juga saya merasa Mee Kolok Sarawak. Rasa macam maggi goreng pun ada.. Tapi memang sedap Mee Kolok Sarawak nie....
Yang ini, Nasi Goreng Udang Penyet...perghhhh..memang sedap.. keesokannya iaitu saya nak cuba lagi tetapi gerai tersebut tutup pula huhuhuhh...sekali rasa pasti nak rasa lagi
Alhamdulillah, hari terakhir sebelum pulang dapat juga saya berjalan di waktu siang di Kuching ini. Lokasi pilihan saya iaitu Indian Mosque Lane. Tempat untuk mencari sedikit cenderahati..
19 Januari pulang semula ke Kuala Lumpur. Entah apa nasib saya, seat saya untuk pergi dan balik kedua-duanya terkena di bahagian sayap. So, sempatla snap saya MAS nie hihihihhh...
Alhamdulillah, tugasan yang telah diamanahkan telah sempurna saya selesaikan dalam masa 6 malam berada di Kuching. Selain itu, dapat juga menikmati pemandangan, merasa makanan dan berkenalan dengan orang Kuching..awok...awokkk..itulah perkataan tradisi orang Sarawak yang saya ingat sampai sekarang..
Sampai disini dahulu coretan layangan minda Probitas Et Fides..semoga kita bersua lagi di layangan akan datang.. Kepada sahabat blogger teruskan berblogging seperti biasa ya..Jumpa lagi destinasi yang akan datang ye hihihihh..( kne ngadap bos dulu nak tahu destinasi tugasan seterusnya huhuhuhhh)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan